Trending di Twitter, kisah sebak crew Malindo Airways ucap salam perpisahan

Berikutan impak COVID-19 ke atas industri penerbangan, Malindo Airways Sdn Bhd (Malindo Air) juga terpaksa mengurangkan sekitar 2,200 daripada 3,200 kakitangan untuk beroperasi pada skala lebih kecil.
Tinjauan di laman sosial Twitter mendapati rata-rata bekas pekerja syarikat penerbangan itu berkongsi posting istimewa selepas perkhidmatan mereka berakhir secara rasmi semalam.

Dengan meletakkan ‘hashtag’ #Malindo, mereka membuat dedikasi dengan mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat tambah rendah itu yang pastinya meninggalkan memori serta kenangan terindah.
Rata-rata memuat naik pelbagai gambar dan video bersama rakan seperjuangan sehingga turut mengundang sebak warganet yang lain.
