Tiada senarai nama diserah, baginda pesan ikut perlembagaan

Tiada senarai nama diserah, baginda pesan ikut perlembagaan

Pengguna Facebook penyokong Datuk Seri Anwar hari ini tampil menjelaskan mengapa tiada sebarang senarai nama diserahkan kepada YDP Agong hari ini.

Menurut pengguna facebook yang menggelarkan dirinya Geno Marvela “Berkenaan siaran media dr pihak istana. Sdra Anwar itu tidak di malukan apa pun. Mmg situasi di buat sedemikian. (Senarai telah di serahkan) ”

Tambah beliau lagi ” Hari ini hanya formaliti hadir sebagaimana di minta, dan dalam surat siaran media istana itu pun di tulis secara jelas minta sdra Anwar ikut lunas perundangan dan perlembagaan. PC yg di buat di hotel koi 2ptg td juga dah di nyatakan sedikit sebanyak pesanan baginda, itu juga adalah yg di tulis dlm siaran media istana tersebut.”

Beliau berharap semua pihak bersabar dan mengikuti perkembangan seterusnya dengan tenang. Tambah beliau “Sabar…berdoa. Nanti di panggil menghadap, datanglah satu persatu.”

Ramai yang tertanya-tanya senarai nama yang kononnya akan diserahkan Anwar tiba-tiba tidak diserahkan hari ini. Pihak istana turut mengesahkan tiada senarai yang diserah hari ini dalam pertemuan yang berlangsung hanya 25 minit tersebut.

Setelah pertemuan Anwar, petang tadi berlangsung pula pertemuan antara YDP Agong dengan Tengku Razaleigh Hamzah di Istana Negara. Masih belum jelas hasil pertemuan tersebut. Walaubagaimanapun dilaporkan Umno bakal mengadakan mesyuarat biro politik pada malam ini untuk menentukan hala tuju politik mereka berhubung senario terbaru ini.

Ura-ura turut bertiup kencang Ku Li mewakili sekumpulan ahli parlimen Umno yang mahu bersama Anwar atas dasar tidak mahu Bersatu terus membuli Umno. Pun begitu sehingga kita masih belum jelas situasi sebenar yang berlaku.

Sumber : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2791838131139814&id=100009409646994

COMMENTS