SUSU SUMMERFIELD 100% Milik Bumiputera Islam

SUSU SUMMERFIELD 100% Milik Bumiputera Islam
USU SUMMERFIELD MILIK MELAYU, MUSLIM DAN BUMIPUTERA?

Semalam ada ramai orang minta aku tolong

SCRUT

Susu jenama Summerfield. Dalam masa yang sama ada yang tanya aku, apa susu segar milik “orang kita”.

Aku pun godek-godeklah

Interepo

(www.interepo.com). Oh, jenama Summerfield itu milik syarikat :

HYBRID ALLIED DAIRY COMPANY SDN. BHD. (791794-T)
Previously known as CALO MALAYSIA-THAILAND CATTLE FARM SDN. BHD.
Senarai pengarahnya ialah :
1. Dato Johannis al-Arif
2. Haidar Zofrain
Manakala pemegang sahamnya ialah :
1. Dato Johannis 70%.
2. Johan Ariffin 20%
3. Haidar 10%
Jadi aku simpulkan jenama Summerfield ini dimiliki oleh Melayu, Muslim, dan Bumiputera 100%.
Siapa kata “orang kita” hanya mampu menempel dan tak mampu bermula sendiri? Hanya mampu buat kosmetik kalau nak 100% control dan bermula sendiri? Yang kata camni pun, company dia hidup segan, mati tau mau rasanya. Ke dah jual? Jadi pekerja with small token share?
Ni ada ni!
Anyway, ada trivia sikit. Dato Jahannis ni sebenarnya partner dengan Loi brothers pada era awal Farmfresh. Iaitu sebelum tahun 2015. Sebelum Azmi Zainal masuk. Sebab katanya diorang dapat projek supply susu 1Malaysia.
Nanti ada masa aku cerita lagi.

Siapa yang nak purely BMF, supportlah Summerfield, nak 30.3% BMF, beli Farmfresh, yang nak rasa susu tersedap di dunia menurut aku,

Susu Devondale Malaysia

, diimport oleh syarikat 100% milik Melayu, Muslim dan Bumiputera juga. 😜

Nak jadi shareholder Devondale? Beli stock Saputo di Canada Stock Exchange, bukan cari kat Bursa. Jangan dengar cakap sifu saham penipu yang ambil content dari Pintarest je.
Aku? Aku minum semua asal sedap, asal halal. Usul fiqh mengatakan,
“Asal sesuatu itu dibolehkan, melainkan dibuktikan sebaliknya.”
Susu lembu Israel pun, kalau sedap aku beli bro. Ini bukan isu kaum, ini isu fakta dan data. Aku nak membudayakan masyarakat dengan fakta dan figura, data dan analisa yang ilmiah.
Tak suka? Takpa. Wall aku tak wajibkan kau baca pun. Ya, aku iklan product aku? So what? Salah? Berdosa?
😜
ps : Aku pun minum susu Farmfresh yang kurma tu. Satgi aku try Summerfield. Baru dengar semalam..
.

COMMENTS