Siasat Perdana Menteri, SPRM digesa jangan sampai lolos macam macau scam

Siasat Perdana Menteri, SPRM digesa jangan sampai lolos macam macau scam

KENYATAAN RASMI PEGUAM PEJUANG

SIASATAN TERHADAP TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MESTI DISEGERAKAN!

1. Pada 25.09.2020, YBM Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang telah menulis satu surat kepada YDP Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Azhar Azizan Harun. Kandungan di perenggan 7 terhadap surat tersebut amat menggemparkan rakyat di mana YBM Gua Musang mendedahkan bahawa Perdana Menteri telah menawarkan beliau jawatan Penasihat Petronas. Tawaran tersebut telah ditolak oleh YBM Gua Musang.

2. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang respon daripada pejabat Perdana Menteri berhubung pendedahan YBM Gua Musang tersebut.

3. Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dengan jelas menyatakan bahawa mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan kedudukannya bagi mendapat apa-apa suapan adalah melakukan suatu kesalahan. Takrifan ‘suapan’ di bawah Seksyen 3 Akta yang sama adalah termasuk juga ‘apa-apa jawatan..”.

4. Tindakan Perdana Menteri yang menggunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri bagi menyogok jawatan Pengerusi Petronas kepada YBM Gua Musang bukan hanya sesuatu yang amat memalukan, bahkan merupakan satu kesalahan rasuah yang serius yang wajar disiasat dengan segera oleh SPRM.

5. Hatta dengan ketiadaan aduan oleh orang awam, Seksyen 29 (3) Akta SPRM memberikan kuasa yang luas kepada SPRM untuk menyiasat Perdana Menteri:

29. (3) Jika seseorang pegawai Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini berikutan dengan suatu aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau maklumat yang diterima selainnya olehnya, dia hendaklah menyebabkan penyiasatan dibuat dan bagi maksud itu boleh menjalankan segala kuasa penyiasatan yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan Kanun Tatacara Jenayah.

6. Kami menyeru agar SPRM yang mutakhir ini terpalit dengan isu kredibiliti yang serius berkenaan kelolosan suspek Macau scam di dalam premisnya, wajar melakukan siasatan terhadap Perdana Menteri dengan segera, adil dan telus bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya.

7. “Injustice anywhere is a threat to justice everywhere”.

Sekian,
Peguam Pejuang

PEJUANG TANAHAIR

https://www.facebook.com/165613420193002/posts/3676169645804011/

 

COMMENTS