Pemuda AMANAH Pertahan ANWAR IBRAHIM

Pemuda AMANAH Pertahan ANWAR IBRAHIM

MOHON TUN DR MAHATHIR BERHENTI MENYERANG DATO SERI ANWAR, TUMPU ‘GRAND COALITION’

1. Pemuda AMANAH ingin menegur sikap Tun Mahathir yang berkali-kali menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sekadar mengeruhkan keadaan.

2. Merealisasikan ‘grand coalition’ memerlukan kesepakatan semua pembangkang dan menuntut perdamaian antara dua tokoh besar Tun Dr Mahathir dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk duduk semeja dan berunding.

3. Lantas kami memohon kepada Tun Dr Mahathir untuk menghentikan serangan dan menerima tawaran Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk duduk berunding bersama Pakatan Harapan dalam merangka halatuju baharu pembangkang.

“Memimpin Gerakan Kepemudaan”

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

1 Januari 2021 | 17 Jamadil Awal 1442H

COMMENTS