Pemimpin Umno cuba selamatkan diri guna strategi MAGERAN?

Pemimpin Umno cuba selamatkan diri guna strategi MAGERAN?

Siapa yang menganggap Ts Muhyidin sudah tumbang.. Ds Anwar akan jadi PM dari surat Kuli Semalam.. Maka simpanlah kegembiraan itu dulu.. Bila tiba tiba Pengkhianat Negara bersuara.. Maka berhati hatilah…Baca lah Sejarah Politik Negara jika tidak belajar dari kisah Khalifah Ali pun bagaimana kelompok Bugah atau pemberontak membai’ah Sadina Ali.

Jangan terbuai dengan mimpi dan janji UMNO akan menyokong PH atau UMNO.. Sebab itu ibarat menguburkan atau bunuh diri sendiri…. Naif betul jika ada yang percaya dengan Pengkhianat Negara.

Jelas semua pemimpin UMNO menyentuh soal kes Mahkamah depa…bukan soal reform atau Apa rencana depa terutama keturunan Pengkhinat Negara.. Ini yang kita perlu berhati hati.. Dalam Politik ini jangan mempercayai sesiapa.. kaji latar belakang orang yg kamu percaya itu.. dan ada perakra sensitif yang tak perlu aku sentuh.

Siapa yang perasan.. Ucapan, nada pemimpin UMNO dan BN hampir sama.. seakan strategi ini sudah dibincangkan bersama, samada kenyataan dari Lokman Nor Adam yang tidak disengajakan dari MIC dan PAS sendiri.

Presiden MIC SA Vigneswaran hari ini mencadangkan supaya Parlimen digantung bagi membolehkan kerajaan memerangi pandemik Covid-19. Presiden MIC yang juga bekas YDP Dewan negara berkata, Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan “Yang di-Pertuan Agong boleh menggantung atau membubarkan Parlimen”.

Manakala Lokman Nor Adam.. dalam kenyataannya mencadangkan YDP Agong mengambil pemerintahan dari Muhydiin sementara Wabak Covid-19 melanda sementara, dan selepas itu membubarkan parlimen.. Kanyataan peimpin BN hampir senada.

Manakala PAS pula hari ini menggesa menyokong gabungan kerajaan itu telah diberikan amanah oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan Baginda atau His Majesty’s Government.

Malah semalam secara tak sengaja Najib telah ungkapkan satu kenyataan bahaya, iaitu peranan Majlis Raja raja kononnya menolak pembubaran Parlimen yang meminta UMNO Sokong PN…dah yang lain masih mengunci mulut.

Kalau kita baca dan melihat reaksi UMNO ini… Wajarlah Pemimpin PH bersatu dan Bersedia.. Jangan mudah masuk dalam perangkap musuh… nampaknya ulangan Politik zaman Tun Abd razak cuba diputarkan kembali… Kerajaan MAGERAN pernah diisytiharkan di Kelantan pada 8 November 1977 setelah berlaku Undi tidak percaya kepada Datuk Muhammad Nasir.

Jadi bagi pemimpin PH… Maka Belajar lah dari Sejarah.. Bersatulah dalam satu barisan… letakkan matlamat menyelamatkan Negara jauh lebih penting dari perubatan Kuasa dan soal siapa yang layak jadi PM.

Jalan cerita Plotnya Semua sama, Keturunan dan DNA nya pun Masih Sama.. ! Aku berdoa agar Allah berikan jalan yang mudah bagi Perjuangan melakuukan Islah dan Melawan kejahatan kelompok Kleptokrat.

Ipohmali

Sumber : https://www.facebook.com/pemudapas.tamanmeru/posts/3581634041858360

COMMENTS