Pekan tolak bajet besar JASA, akui ia agensi politik kerajaan

Pekan tolak bajet besar JASA, akui ia agensi politik kerajaan

Bekas perdana menteri Najib Razak menyifatkan cadangan Belanjawan 2021 bagi penubuhan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dengan peruntukan sebanyak RM85.5 juta seperti diumumkan kerajaan pada 6 Nov lalu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan mengundang kemarahan rakyat.

Anggota parlimen Pekan itu berkata demikian dalam sesi perbahasannya bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 dalam Dewan Rakyat hari ini.

“Pada zaman krisis di mana peruntukan lebih diperlukan untuk selamatkan rakyat, pengenalan peruntukan empat kali ganda bagi Jasa berbanding zaman BN adalah sukar untuk diterima dan mengundang kemarahan rakyat.

“Saya boleh terima kalau pernuntkan tersebut dibelanjakan untuk pembelian pelitup muka atau sanitizer atau diberkan kepada ibu bapa untuk gantikan bekalan RMT (rancangan makanan tambahan) – makanan yang dinafikan sarapan pagi ekoran sekolah dah tutup sehingga awal tahun depan.

“Tapi saya tak dapat terima jumlah (lebih) RM 81 juta untuk Jasa. Suara rakyat suara keramat, perkara tak senangi rakyat jangan teruskan,” katanya.

Jasa dimansuhkan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-14 pada 2018.

Sebelum ini, Jasa digunakan untuk tujuan propaganda BN. Malah ini diakui oleh bekas ketua pengarahnya, Mohd Puad Zarkashi yang meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah supaya tidak apologetik berhubung Jasa kerana ia memang agensi politik kerajaan.

Katanya, Saifuddin tidak perlu defensif bahawa Jasa tidak mempunyai kaitan politik kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketika pemerintahan kerajaan BN, unit khas itu menerima peruntukan tahunan antara RM21 juta hingga RM22 juta dari tahun 2011 hingga 2018.

Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/550234

COMMENTS