Nasrudin Tantawi Hanya Mampu Bantah ABPBH 2020 Di Facebook

Nasrudin Tantawi Hanya Mampu Bantah ABPBH 2020 Di Facebook

Walaupun sudah mempunyai kuasa di tangan malahan menjadi pengerusi YADIM Malaysia. Pas masih tidak mampu untuk membatalkan program nyanyian ABPBH. Jika nak batalkan program ini sudah tak mampu bagaimana ingin melaksanakan hudud ?

Saat umat Islam sedang resah dilanda pandemik Covid 19, sayugianya kita banyakkan aktiviti yang boleh mendekatkan diri kepada Allah swt. Beristighfar dan melakukan amal kebajikan, mudah-mudahan Allah swt menyelamatkan kita, negara dan seluruh penghuninya dari wabak yang bahaya ini.

Justeru itu, program hiburan seperti ini sangat tidak wajar. Sementelah saat umat Islam sedang resah mendepani wabak seperti yang saya nyatakan tadi.

Malah, pihak kami (YADIM) juga telah menerima banyak aduan daripada umat Islam mengenai ketidakwajaran program ini diteruskan. Justeru kami mohon ia dibatalkan dan diganti dengan program yang lebih bermanafaat dan tidak mengundang kemurkaan Allah swt.

Bagi pihak YADIM beberapa usaha dalaman telah dilakukan supaya program ini dibatalkan. Mohon doakan dari semua.

#batalkanABP

COMMENTS