Muhyiddin harus akur, kerajaan ‘rapuh’ jika MP tarik sokongan

Muhyiddin harus akur, kerajaan ‘rapuh’ jika MP tarik sokongan

Soal kita setuju atau tidak dengan Ds Anwar.. ia hanya proses demokrasi yang dibenarkan dalam perlembagaan.. setakat ini..jangan terlalu awal siapapun bergembira..

Suatu ketika dulu pun ada penyokong PH bergembira bila Ds Muhyidin hanya seketika pergi ke Istana, dan yakin Ts Muhyidin tak dapat sokongan.. Tiba tiba keluar surat Istana perkenankan Ts Muhyidin jadi PM..

Soal bagaimana ia berakhir belum pasti.. Jika ianya sudah berakhir, dah pasti takda keperluan KULI masuk mengadap ke Istana.. dan Kuli baru selesai mengadap..dan esok dari sumber dalaman, SU Agung DAP.. LGE akan pergi mengadap…

Malam ini, Biro Politik UMNO akan adakan mensyuarat.. masa langkah Sheraton dulu, Tun Mahathir dan PH pernah kena checkmate dengan GPS.. awalnya menyokong Tun..selepas itu menyokong Ts Muhyidin.. Jangan pula esok UMNO dipangil mengadap, Zahid atas kapasiti Presiden UMNO tarik sokongan kepada Ts Muhyidin..Muhyidin pula kena Checkmate..

Kita harus ingat.. PM tebuk atap hanya berkelebihan 2-3 kerusi Parlimen.. seorang dua dari MP tarik sokongan pun dia tetap jatuh.. Cuma persoalan, Siapa yang akan dapat mandat baru.. itu yg timbul persoalan..

Bagi aku..itulah pentingnya Sidang Khas Parlimen.. Disitu calon PM yang dipilih akan jauh lebih bermaruah, Sebab dia mendapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat.. dan ia lebih menepati perlembagaan..

Apapun siapa yang akan kena checkmate dalam drama politik kali ini tak pasti.. rasanya rundingan masih sedang berlaku.. tak kira dari PN dan UMNO..Yang pasti cepat atau lambat, PM yang tidak dibuktikan mendapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat.. PM tebuk atap akan tetap jatuh…

🙂
Ipohmali

Sumber https://www.facebook.com/pemudapas.tamanmeru/posts/3576371379051293

COMMENTS