Mat Sabu Akan Menghadap YDPA Agong 21 Oktober

Mat Sabu Akan Menghadap YDPA Agong 21 Oktober

SESI MENGADAP MAT SABU DAN GUAN ENG DITANGGUHKAN

Pastinya penangguhan ini akan mencetuskan spekulasi: Mengapa sesi mengadap ini ditangguhkan?

Mungkin akan dibualkan ialah keintiman Mat Sabu dan Guan Eng: Mengapa beri kenyataan media bersama?

KENYATAAN MEDIA BERSAMA PRESIDEN AMANAH DAN SETIAUSAHA AGUNG DAP

14 OKTOBER 2020

Kami telah dititah untuk mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara pada hari Rabu, 14 Oktober 2020 untuk YB Lim Guan Eng dan pada hari Rabu, 21 Oktober 2020 untuk YB Haji Mohamad Bin Sabu.

Namun, semalam Setiausaha Sulit Kanan Baginda telah memaklumkan kepada kami bahawa kedua-dua sesi menghadap Tuanku telah ditangguhkan.

Kami menjunjung titah dan mendoakan agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan.

YB Haji Mohamad Bin Sabu
Presiden, Parti Amanah Negara

YB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung, Parti Tindakan Demokratik (DAP)

FB : kamarul Yusof

 

COMMENTS