Kisah Pengalaman Paling Seram Di Bilik Kosong

PENGHUNI BILIK KOSONG
BAHAGIAN PERTAMA
Malam ini sepertinya sudah agak lewat. Kerana sebelum itu saya masih merawat di pusat rawatan kami di Bangunan Martabat.
Ketika dalam pejalanan pulang ke rumah, saya telah dihubungi oleh seseorang setelah sebelumnya saya dan kawan-kawan menikmati makanan di Restoran Al Madina.
Dia telah memperkenalkan dirinya sebagai Nizar. Pemuda yang agak sebaya usianya dengan saya. Berasal dari KL dan bekerja di Bintulu.
Setelah menyampaikan niatnya untuk memerlukan pertolongan saya, akhirnya saya terus pergi ke rumah Nizar yang terletak tidak jauh dari Restoran Mc Donald.
“Betul ke cerita kamu ni Nizar?”
“Cikgu tak payah percaya cerita saya. Saya tak mintak cikgu percaya tapi cuba cikgu tengok kat tingkat atas tu. Bilik sebelah kiri. Cikgu nampak tak?”
“Nampak. Aku nampak lampu bilik terbukak. Lepas tu ada orang jenguk kita jap tadi. Lepas tu..”
“Lepas tu?”
“Lepas tu tu jelah. Tak ada yang menarikpun.”
“Cikgu, rumah ni dah dua bulan saya sewa. Sepanjang dua bulan bilik tu kosong. Tak pernah ada orang lain duduk kat bilik tu. Kalau kawan saya datang nak tidur rumah, diorang akan tidur kat bilik saya cikgu.”
“Kat atas tu ada berapa bilik Nizar?”
“Tiga. Satu bilik saya, satu bilik stor dan satu lagi memang kosong. Tuan rumah tak bagi bukak bilik kosong tu. Sebab dulu menurut tuan rumah, sebelum saya, pernah ada sorang bomoh sewa rumah ni. Tuan rumah kata bomoh tu cuma tinggal kat bilik kosong tu je. Bilik lain dia tak nak. Lepas beberapa bulan bomoh tu hilang camtu saja.”
“Tak bayar sewa bilik ke Nizar?”
“Bukan..”
“Habis tu?”
“Tak ada orang tau bomoh tu lari ke mana.”
“Macamana tuan rumah tau bomoh tu lari? Macamana dia tau yang bomoh tu pakai satu bilik tu je?”
“Sebab lepas beberapa hari bomoh tu hilang, ada jiran telefon tuan rumah bagitau dah beberapa hari dah pintu rumah sewa ni terbukak sampai ada anjing masuk ke dalam rumah ni. Sebab tu tuan rumah tu datang. Manalah tau kalau-kalau bomoh tu sakit ke mati ke apa ke. Masa tuan rumah datang tu memang dah tak ada orang dah. Bomoh tupun tak dapat nak dikesan. Lepas tu alang-alang dah sampai kat rumah sewa ni tuan rumah kemaslah apa yang patut. Masa tuan rumah naik tingkat atas tu tuan rumah periksa bilik stor dulu. Lepas tu tuan rumah cek bilik kosong yang bomoh tu tak nak duduk. Kira bilik saya sekarang nilah. Sama jugak kosong. Lepas tu masa tuan rumah masuk ke bilik satu lagi, tuan rumah terkejut sebab ada macam tempat pemujaan dalam bilik tu.”
“Apa jugak yang ada at bilik tu?”
“Saya tak pasti jugak cikgu. Sebab tuan rumah tu bagitau masa dia masuk dalam bilik tu dia macam nampak ada katil. Memang tu katil tuan rumah. Cuma yang tuan rumah tu pelik, cadar katil tu bomoh tu tukar ke warna hitam. Macam tu jugak sarung bantal. Warna hitam jugak termasuk bantal peluk. Masa dia nak masuk tu tiba-tiba taun rumah tu terkejut sebab masa dia nak melangkah ke dalam tiba-tiba dia tengok bantal peluk tadi tiba-tiba macam bergerak. Macam ada orang baring je cikgu. Macam mayat ada jugak.”
“Kalau dah jadi mayat takdelah mayat tu boleh hidup balik. Bantal peluk tu atas katil ke?”
“Haah. Aas katil. Kat tengah-tengah. Tapi ditutup pakai selimut..”
“Betul ke bantal peluk tu Nizar?”
“Sebenarnya masa tuan rumah cerita kat saya tu sayapun macam tak caya jugak cikgu sebab tuan rumah kata masa dia terpandang bantal peluk tu bentuk dia macam mayat yang ditutup tapi tak jelas sangat sebab dalam selimutkan? Lepas tu tuan rumah ‘plan’ nak masuk. Masa dia nak masuk mula-mula tu bantal peluk tu macam nak angkat sendiri. Apa lagi cikgu diapun larilah. Pintu bilik tu pun dia tak sempat nak tutup. Dia terus turun kat bawah, kunci pintu dan balik rumah. Tapi tuan rumah kata dia sempat jugak tengok apa yang ada kat bilik tu sebelum dia nak masuk tu.”
“Apa jugak yang ada masa tu Nizar?
“Dalam bilik tu bersepah sangat. Kotor, berbau busuk. Lepas tu ada macam tempat pemujaan. Ada dua batang lilin merah, kemenyan, mangkuk. Tu je yang saya ingat tuan rumah tu bagitau saya.”
“Lepas tu?”
“Lepas tu rumah ni kosong. Tak ada orang berani nak sewa. Macam tulah lebih kurang cerita tuan rumah ni cikgu.”
“Lepas tu apa kaitannya kau panggil aku ni?”
“Jap cikgu. Saya baru je nak cerita ni. Macam ni. Lepas beberapa bulan tu saya datang ke Bintulu. Saya disuruh pindah ke Bintulu ni atas urusan kerja. Lepas sampai di Bintulu, saya menumpang tidur rumah kawan beberapa hari. Masa tu saya cari jugak rumah sewa kat Bintulu. Saya lebih suka duduk rumah sewa sendiri dari duduk menumpang rumah kawan. Tapi, tulah cikgu. Rumah sewa kat Bintulu ni mahal sangat. Sewa bilik tu macam sewa sebuah rumah.”
“Welcome tu Bintulu Nizar. Hehehehehe..”
“Thank You cikgu. Hahahahaha..Lepas tu saya dapat tau dari kawan jugak ada rumah kosong. Maksud saya rumah nilah cikgu. Saya jumpa dengan tuan rumah. Tuan rumah kata tak perlu bayar sewa. Duduk je dan jaga rumah ni. Tu je tuan rumah mintak. Lepas tu dia siap offer hantar saya kat rumah tu. Saya apa lagi cikgu. Terus setuju. Hahahahaha..Masa saya datang ke rumah tu kali pertama, memang seram sejuk jugak saya cikgu. Kat tingkat bawah ok. Masa naik tingkat atas tu tiba-tiba bulu roma naik semua. Kat atas tu memang ada tiga bilik. Satu bilik tu tuan rumah jadikan stor, satu bilik lagi untuk saya tinggal dan satu bilik tu bekas bilik bomoh tu dulu.”
“Dengar cerita dari tuan rumah, tiga bulan lepas dia ada mintak tolong pekerja ‘cleaner’ kat opis diorang bersih-bersihkan rumah ni. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku. Cuma pekerja ‘cleaner’ bagitau diorang tak selesa masa kat tingkat atas tu. Macam ada je orang perati diorang kat bilik bomoh tadi walaupun pintu bilik tu tertutup. Lepas tu diorang macam terdengar bunyi orang bercakap-cakap, bunyi orang ketawa, menangis, marah, merintih. Banyak lagilah cikgu.”
“Diorang masuk tak kat bilik bomoh tu?”
“Tuan rumah cakap tak sebab pekerja ‘cleaner’ bagitau tuan rumah bilik tu berkunci dari dalam masa diorang nak bersihkan bulik tu. Tapi seingat tuan rumah, pintu bilik tu memang tak bertutup. Memang tuan rumah nak suruh diorang kemas dan buang semua barang-barang bomoh dalam bilik tu. Lagipun tuan rumahlah yang ‘last’ masuk ke rumah ni dan naik kat tingkat atas sebelum ni. Jadi macam peliklah. Siapa pulak yang kunci bilik tu?”
“Mungkin bomoh tu kot?”
“Mungkin jugak.”
“Tapi mungkin setan suruhan bomoh tu.”
“Na’udzubillah. Mintak dijauhkan cikgu. Saya mula-mula tak percaya hantu-hantu ni cikgu. Saya ni jenis berani. Dulu masa kecik-kecik saya memang tinggal kat hutan dalam kebun. Malam-malam langsung saya tak takut. Sebab dah biasa kot. Sebab itulah saya gembira sangat apabila tuan rumah ‘offer’ saya tinggal kat rumah ni tak payah bayar sewa. Cuma sebelum tu memang ada tuan rumah kata rumah ni macam ada sesuatu. Diacerita semua apa yang berlaku. Lepas tu jiran sebelah menyebelah jugak pernah bagitau macam selalu terdengar suara orang menjerit, ketawa, menangis, suara orang bergaduh, berlari kat rumah ni. Kat area ni agak ramai jugak jiran-jiran yang tahu rumah tempat saya tinggal ni keras. Tapi saya cuma senyum jelah dengar cerita diorang. Saya jenis susuah nak percaya. Sampailah saya sendiri terkena cikgu.”
“Masa awal-awal duduk sini memang selalu jugak saya dengar bunyi semua-semua tu tapi saya buat bodoh je. Asal jangan ganggu saya tidur dahlah cikgu. Saya ni paling tak suka kalau orang ganggu saya tidur. Boleh mengamuk saya dibuatnya. Semenjak tu saya tak peduli apa yang berlaku kat rumah ni. Sampailah apa yang terjadi kat saya malam ni tadi. Tak pernah saya takut macam ni. Tak pernah cikgu. Boleh mati saya kalau macam ni.”
“Jangan mati dulu. Kau cerita dulu apa yang berlaku tadi.”
Nizar terdiam. Dia memandang ke arah saya sambil dahinya berkerut. Lalu kemudiannya memandang ke arah tingkat atas rumah sewanya.
Pada ketika saya sampai di rumah sewa Nizar tadi Nizar telah menunggu dan menyambut saya di luar pagar rumah sewanya. Dia tidak berani untuk masuk dahulu.
“Cikgu nampak tak kat atas tu? Bilik tu?”
Saya dan Nizar memandang ke arah bilik tadi. Sepertinya lampu bilik sedang terbuka sambil kelihatan seseorang sedang mengintai kami berdua dari tingkap yang tertutup rapat.
Cuma bayangan sahaja yang mampu meyakinkan kami bahawa seseorang sedang memerhati kami berdua.
“Lampu bilik memang tuan rumah biarkan terbukak ke? Lepas tu kenapa macam ada orang jenguk kita jap tadi.”
“Kan saya dah cakap tadi. Kat situlah bilik bomoh tu cikgu. Sebab tulah saya bagitau cikgu tadi yang bilik tu dah lama kosong kosong. Tak pernah ada orang lain duduk kat bilik tu. Kalau kawan saya datang nak tidur rumah diorang akan tidur kat bilik saya cikgu. Lagipun bilik tu berkunci sebelum ni dari dalam. Sayapun tak ada pegang kunci ‘spare’ bilik tu cikgu.”
“Jadi. Memang tak adalah orang kat bilik tu?”
“Tak ada cikgu.”
“Sebenarnya apa yang terjadi kat kamu tadi Nizar?”
“Saya kalau boleh tak nak ingat dah apa yang dah berlaku. Saya tak nak dah cerita balik. Tapi cikgu dah tanya dan saya terpaksa mintak tolong cikgu, jadi saya terpaksa jugak cerita balik.”
“Ok. Nizar. Kamu ceritalah.”
“Ok cikgu. Saya tak tau cikgu percaya atau tak.”
“Nanti-nanti kita percaya betul atau tidak. Kamu cerita dulu.”
“Ok. Macam ni cikgu. Tadi lepas isya saya sambung buat kerja saya. Kerja ni saya kena hantar minggu ni jugak. Tapi dah nak habis dah. Tinggal nak buat ‘report’ bahagian akhir je lagi. Lepas tu saya nak tidur sekejap. ‘Plan’ saya nak sambung balik buat ‘report’ lepas tidur sejam macam tu. Tiba-tiba..”
“Tiba-tiba apa?”
Nizar memandang wajah saya dengan agak perasaan takut. Sesekali dia memandang ke arah tingkat atas dari arah luar rumah tempat kami berdua berdiri. Dia kelihatan agak kusut dan resah pada masa itu.
“Tiba-tiba apa Nizar?”
“Begini cikgu…”
Nizar kembali terdiam. Mulutnya bagaikan terkunci. Tetapi dengan penuh sabar saya menanti Nizar untuk menceritakan apa yang berlaku kepada saya. Sementara itu saya sempat menikmati buah pinang dah sirih sambil memerhati ke arah Nizar.
Nizar pula cuba untuk mengingati kembali apa yang berlaku kepadanya yang menyebabkan mungkin buat kali pertama dia merasa takut sedemikian rupa.
Tetapi apa yang dialaminya tadi masih tetap segar bermain-main di fikiran dan pandangan matanya. Apa yang berlaku tadi kembali diceritakannya kepada saya. Selepas terlelap seketika setelah menyelesaikan tugasnya, Nizar seperti bermimpi.
Tidurnya yang asyik tadi mula bertukar menjadi suatu pengalaman yang merubah keyakinan dirinya selama ini. Lalu kemudiannya dia membuka matanya dengan perlahan-lahan setelah beberapa kali dia mendengar seperti namanya diseru berkali-kali.
Nizar memandang ke arah pintu biliknya. Dia merasa pelik kerana setahu Nizar, pintu biliknya itu tertutup sedangkan sebelum tertidur tadi pintu biliknya memang terbuka. Bahkan setiap hari, siang dan malam, pintu biliknya tidak pernah tertutup.
Entah kenapa Nizar merasakan seperti ada sesuatu yang tidak beres. Kerana semua ini terjadi di luar kebiasaan rutin hariannya. Lalu Nizar berbisik di dalan hatinya sendiri.
“Tadi aku tak tutup pintu bilik ni. Tak pernahpun aku tutup. Kenapa pulak tertutup? Siapa yang tutup?”
Semuanya berlegar di fikiran Nizar. Untuk menghilangkan segala keraguannya, Nizar lalu bangun dan cuba untuk melangkah perlahan ke arah pintu billiknya.
Langkah terhenti seketika apabila dari arah luar dia terdengar seperti bunyi pintu bilik di hadapannya iaitu pintu bilik bomoh tadi seperti terbuka dengan sendirinya.
“Kreeeeeeekkk…”
Nizar mula gelisah. Dia sendiri tidak tahu siapa yang membuka pintu bilik bomoh tersebut. Lalu kemudiannya dia mendengar seperti bunyi tapak kaki yang diseret-seret perlahan bergerak ke arah pintu biliknya.
Pada ketika itu Nizar cuba untuk mencari tahu siapa yang berada di luar. Dia mula berjalan ke arah pintu biliknya. Tetapi sesampainya Nizar di hadapan pintu bilik dan cuba untuk memegang tombol pintunya tiba-tiba..
“Tok..Tok..Tok..”
“Tok..Tok..Tok..”
Darah Nizar berderau. Debaran jantungnya silih berganti naik dan turun. Badannya terasa kaku dan dingin. Dia tidak tahu siapa yang secara tiba-tiba sahaja mengetuk pintu biliknya itu.
Nizar juga seperti tidak mampu untuk memegang tombol pintu biliknya. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Kemudian bunyi ketukan pintu kembali terdengar diketuk dari luar.
“Tok..Tok..Tok..”
“Tok..Tok..Tok..”
Nizar semakin takut. Semuanya ini membuatkan Nizar mula merasa marah dengan apa yang berlaku. Dia tidak mahu jiwa pemberaninya selama itu dikalahkan hanya dengan bunyi ketukan pintu beberapa kali itu sahaja.
Nizar tidak mahu. Bahkan Nizar cuba meluapkan api kemarahan di dalam jiwanya dengan menjerit sekuat hatinya ke arah pintu tadi sambil berkata;
“Siapa..Siapa di luar? Jangan ganggu aku nak tidur.”
“Hehehehehe..”
“Tok..Tok..Tok..”
“Tok..Tok..Tok..”
“Aku kata jangan..Jangan. Nanti aku kerjakan korang kat luar tu.”
“Hehehehehe..”
“Tok..Tok..Tok..”
“Tok..Tok..Tok..”
Terdengar suara ketawa dari arah luar bilik Nizar untuk kali yang kedua. Nizar yakin yang suara itu bukan suara kawannya kerana dia tahu bagaimana gelak tawa kawannya sendiri.
Tetapi bunyi tertawa kecil ini benar-benar seram sehinggakan bulu romanya seperti tercabut dari tengkuk.
Selepas itu Nizar berundur beberapa langkah dan menundukkan badannya. Dia cuba untuk memerhati kalau-kalau ada jejak kaki kawannya di bahagian bawah pintu biliknya. Tetapi hampa. Yang ada cumalah cahaya sinar dari lampu yang suram di luar biliknya.
“Hehehehehe..”
“Tok..Tok..Tok..”
“Tok..Tok..Tok..”
“Kau jangan macam-macam. Karang aku keluar aku mengamuk. Semua orang aku kerjakan nanti.”
“Hehehehehe..Apa betul kamu berani?”
“S..Siapa tu?”
“Hehehehehe..Katanya tadi berani. Mau mengamuk. Apa kamu berani keluar? Hehehehehe..”
“Kamu jangan macam-macam. Kalau aku keluar aku tak kira siapa aku akan mengamuk nanti.”
“Keluarlah. Ayuh. Keluarlah. Aku menunggu kamu. Biar kita bertentang mata. Ayuh. Keluar.”
“Jangan sampai aku benar-benar keluar nanti.”
“Hehehehehe..Atau kau mahu aku yang masuk ke dalam bilik kamu.”
Nizar semakin takut. Tiba-tiba dari bahagian bawah puntu biliknya kelihatan seperti bayangan hitam seakan semakin merapat ke daun pintu. Bunyi setiap langkah dari arah luar jelas kedengaran. Pada kali ini Nizar benar-benar kalah pada keegoan dirinya sebelum ini.
“Aku kata jangan..Jangan.”
“Kan tadi kamu berani? Kenapa sekarang takut? Hehehehehe..”
Nizar cuma mendiamkan diri. Dia berundur beberapa langkah ke belakang. Apapun yang berlaku Nizar bertekat untuk memukul sesiapa sahaja yang masuk ke biliknya itu dengan menggunakan kayu besbol miliknya yang dicapai oleh tangannya yang terletak di tepi katil.
Kayu besbal itu milik Nizar semasa dia berada di sekolah menengah lagi. Kayu besbol itu juga sengaja di bawa ke Bintulu Sarawak dari kampungnya dari selatan tahanair sebelum keluarganya menetap di Kuala Lumpur.
Dan kayu besbol itu digenggam seerat mungkin. Dia berada di kedudukan untuk memukul bola kalau dilihat dari cara dia menunggu sesiapa sahaja yang akan masuk ke dalam biliknya nanti.
Di luar rumah bunyi lolongan rintihan anjing mula bersahutan. Betul-betul d hadapan rumah sewa Nizar. Pernah juga beberapa kali anjing berkumpul di hadapan rumah sewanya sambil merintih kesedihan tetapi tidaklah seawal pada malam itu. Ketika itu jam baru menunjukkan pada pukul 10.00 lebih malam.
Selepas itu Nizar cuba untuk membaca apa sahaya ayat Al Quran yang dihafalnya. Bacaannya agak tunggang langgang kerana terlalu takut. Di luar bilik bunyi tapak kaki sedang mundar mandir jelas terdengar pada pendengaran Nizar.
Dan selepas beberapa ketika, langkah kaki tersebut betul-betul berhenti sekali lagi di hadapan bilik Nizar.
“Tok..Tok..Tok..”
“Tok..Tok..Tok..”
Selepas bunyi ketukan itu, terdengar pula seperti tombol pintu biliknya digenggam dari luar dan bunyi tombol pintu dipulas dan diputar juga terdengar beberapa kali.
Tetapi yang peliknya tidak pula pintu bilik Nizar itu dibuka. Mungkin semuanya sekadar untuk menakut-nakutkan dan mempermainkan Nizar sahaja.
Kali ini Nizar benar-benar takut. Tidak pernah seumur hidupnya di merasa takut sedemikian rupa. Apa lagi sebelum ini dia tidak percaya akan kewujudan syaitan.
Bagi Nizar semuanya adalah bohong. Bahkan ada beberapa kali juga dia mencabar untuk berhadapan dengan hantu apabila bercerita dengan kawan-kawannya.
Tetapi kali ini Nizar bukan sahaja mengalah. Bahkan air mata jantannya keluar meleleh perlahan dari kelopak matanya hingga ke pipi.
Tetapi semua itu tidak menghalangnya untuk berhadapan dengan gangguan misteri ini dan inlah kali pertama peristiwa ini berlaku sepanjang hidupnya.
Nizar teringat kembali pada suatu ketika apabila Nizar mentertawakan kawan-kawannya di kampung apabila mereka bercerita tentang hantu.
“Hantu..? Hahahahaha..Apa lagi? Pocong? Toyol? Pontianak? Langsuir? Mana? Mana mereka? Apa mereka tidak kenal penumbuk sulung aku? Jangan kata hantu, iblis setan semua lari kalau mereka mendengar nama Nizar. Jaguh silat mana yang tak kenal aku. Hahahahaha..”
“Kau istighfar Nizar. Kalau manusia kami tau kaulah rajanya. Dalam dunia persilatan mungkin kau hebat. Tapi semua hantu setan ni kau tak nampak.”
“Sebab itulah mereka tak nampak. Mereka tak berani nak berhadapan dengan aku. Hahahahaha..”
“Mana kata kaulah Nizar. Kami cuma doakan semoga suatu hari nanti kau akan termakan sendiri kata-kata kau. Nanti kau juga akan berjumpa dengan mereka. Kami bukan doakan kejahatan untuk kau Nizar tapi cuma sebagai peringatan, dalam dunia ini kita tak keseorangan. Mungkin mereka akan menumpang di rumah kau nanti. Kalau tak sekarang suatu hari nanti.”
“Hahahahaha..Mana? Mana mereka? Silakan saja kalau mereka berani. Semua tu nanti aku akan sambut dengan penumpuk sulungku nanti. Hahahahaha..”
Selepas itu Nizar nangis semahu-mahunya. Dia mengingati kembali apa yang pernah berlaku semasa dia dan kawan-kawannya duduk di simpang jalan pada suatu petang.
Muncul rasa penyesalan pada dirinya apabila dia memikirkan kembali betapa bongkak dan sombongnya dia pada ketika itu.
Air mata jantannya mula berjatuhan di atas lantai. Nizar memandang setiap air matanya itu dengan jiwa yang luluh. Lalu kemudiannya memandang ke arah pintu bilik dan akhirnya memandang ke arah siling.
“Ya Allah. Bodohnya aku. Selama ini aku merasa aku kuat dan berani. Ternyata aku lemah Ya Allah dan aku takut…”
“Hehehehehe..Apa kamu sudah berani? Kalau masih takut aku akan temankan kamu di dalam sana. Bukalah pintu ini. Atau kamu mahu aku yang bukakannya dari luar. Hehehehehe..”
Nizar tidak menjawab sepatah apapun. Dia bertekad. Apa-apapun yang berlaku dia akan keluar dari biliknya. Tidak sanggup untuk dia lama-lama di dalam bilik sedangkan fikirannya didera oleh ketakutan ciptaannya sendiri.
Selepas itu Nizar terdengar seperti bunyi kuku yang tajam sedang mencakar pada pintu biliknya.
Bunyi cakaran itu semakin menakutkan Nizar sehinggakan setiap saat dari bunyi tersebut dia menangis teresak-esak. Nizar takut kalau malam itulah malam terakhir baginya untuk hidup di dunia ini.
Bunyi seperti ketukan pintu dan bunyi tombol pintu dipulas beberapa kali juga saling silih berganti terdengar dari cuping telinganya.
Setelah agak lama, Nizar sudah mulai bosan dan marah dengan apa yang berlaku. Dia sudah mula merasakan yang dia cuma dipermainkan sahaja oleh syaitan-syaitan yang ada.
Selepas beberapa ketika, Nizar cuba untuk mengawal rasa takutnya. Dia cuba untuk mencari kekuatan dengan kembali membaca apa sahaja ayat Al Quran yang dihafalnya walaupun sama juga seperti tadi, bacaannya banyak yang lintang pukang.
Dari arah luar rumah kedengaran kembali bunyi suara anjing merintih kesedihan. Tepat di perkarangan rumah sewa Nizar. Bunyi suara anjing itu benar-benar menyeramkan.
Tetapi Nizar sepertinya sudah tidak peduli. Dia tetap bertekad untuk keluar dari biliknya walau apapun yang berlaku.
Tanpa membuang masa Nizar mula melangkah ke arah pintu biliknya. Setiap langkah terasa amat berat sekali. Walau begitu Nizar gagahkan juga untuk melangkah. Setelah beberapa langkah ke hadapan Nizar kembali dengan langkah bersedia.
Tangan kanannya memegang erat kayu besbol dan tangan kirinya pula bersedia untuk memulas dan membuka tombol pintu. Lalu kemudiannya dia merancang untuk menendang pintu biliknya ke arah luar dan memukul apa sahaja di hadapannya.
Tidak kira sama ada itu hantu atau kawan-kawannya sendiri. Kalau kawan-kawannya. Nizar bertekad untuk memberi pelajaran kepada mereka.
Biarpun terpaksa putus persahabatan, asalkan dia merasa puas melihat darah segar keluar dari hidung dan muka mereka apabila dia menghayunkan kayu besbol itu nanti.
Selepas itu tombol pintu biliknya mula digenggam oleh Nizar. Lalu dengan lafaz Bismillah Nizar mula memulas tombol pintu dan menendang pintu biliknya sekuat hati dan akhirnya Nizar keluar dari biliknya lalu mengamuk, menjerit dan memukul apa sahaja yang ada di hadapannya.
Semua rasa takut, geram, marah, benci itu dikumpul dan diluahkan pada setiap hayunan kayu besbolnya.
Tetapi sepertinya semua itu ternyata sia-sia sahaja. Nizar berhenti dari amukannya dan merasa terkejut kerana di luar biliknya itu tidak ada seorang manusia sekalipun.
Sedangkan sebelumnya dia sempat mendengar suara manusia ketawa, bunyi tombol pintu dipulas dan juga bunyi kuku yang panjang yang mencakar pada daun pintu bahkan beberapa saat sebelum dia membuka pintu biliknya.
Untuk seketika Nizar merasa hairan dan sedikit lega kerana apa yang berlaku di luar semasa dia berada di dalam bilik tadi berbeza dengan apa yang berlaku pada ketika itu.
Bahkan Nizar sempat memandang ke arah sekeliling untuk mencari dari manakan punca semuanya gangguan tadi.
Sehinggalah Nizar kembali dikejutkan dengan sesuatu yang tidak terduga olehnya. Kini Nizar berada betul-betul di luar bilikya dan seluruh tubuhnya menghadap ke arah hadapan iaitu bilik kosong yang sekian lama tertutup sebelumnya. Cuma kali ini pintu itu terbuka tetapi penuh dengan kegelapan.
Bilik kosong itulah yang digunakan oleh bomoh itu untuk melakukan upacara ritual memanggil syaitan peliharaannya sebelum ini dan kini Nizar sedang berhadapan dengan bilik tersebut.
Dan sepertinya ada seseorang atau sesuatu yang cuba untuk memanggil-manggil nama Nizar untuk masuk ke dalam.
“Astaghfirulahal azhim. Kenapa bilik ni terbukak? Selama aku kat
sini bilik ni tak pernahpun terbukak.”
Sempat juga Nizar seperti berkhayal dan bergerak perlahan beberapa langkah ke hadapan tanpa dia sedari dan Alhamdulillah, tiba-tiba sahaja kayu besbol di tangannya tadi terjatuh ke lantai menyebabkan Nizar terkejut dan terjaga dari lamunan dan khayalannya tadi.
Nizar beristighfar beberapa kali lalu dengan segera mengambil kayu besbolnya di lantai dan memandang ke arah bilik bomoh tadi.
Sepertinya semacam ada bayangan manusia berambut panjang dan berwarna hitam pekat sedang memandangnya dari arah dalam bilik yang juga agak gelap itu tetapi secara tiba-tiba hilang dari pandangan matanya.
Cuma sinar lampu yang suranm di luar menerangkan sedikit permukaan bilik bomoh tadi dan ini membuatkan Nizar kembali merasa terkejut. Dia nekad untuk mengetahui juga siapa yang cuba menganggunya tadi.
Tetapi sekali lagi dia terdengar seperti suara manusia sedang ketawa dan seolah-olah kembali mahu mempermainannya.
“Hehehehehe..Masuklah.Kemarilah..Kalau kau mahu membalas dendam. Aku menunggumu di sini. Hehehehehe..”
Nizar tersentak dengan apa yang berlaku dan apa yang didengarnya. Dia tahu dia bukan berkhayal dan bermimpi seperti tadi. Kali ini dia sedar dan waras.
Kayu besbol di tangannya digenggamnya sekuat mungkin. Lalu langkah kakinya kembali bergerak perlahan menuju ke bilik bomoh tadi. Untuk seketika Nizar kembali merasakan yang mungkin kawannya cuba untuk menakut-nakutkannya sahaja.
Setelah beberapa langkah Nizar akhirnya sampai di muka pintu bilik bomoh tadi. Dia cuba untuk mengecilkan sedikit matanya agar dia boleh melihat apa yang ada di dalam bilik bomoh tersebut walaupun Nizar tidak ada rancangan untuk masuk ke dalam bilik itu.
“Hehehehehe..Kemarilah..Masuklah ke dalam. Ayuh..Hehehehehe..”
Nizar tetap tidak mempedulikan apa yang berlaku. Apa yang lebih penting bagi Nizar adalah apa yang ada di dalam bilik tersebut agar dia tahu apakah syaitan atau manusia yang sedang mempermainkannya. Kalau manusia, kayu besbol di tangannya nanti akan menjadi makanannya nanti.
Setelah memerhati beberapa ketika pada bilik tersebut, Nizar akhir terpandang seperti ada sesuatu di dalam bilik tersebut. Dia terpandang pada sebuah katil yang lengkap dengan bantal dan bantal peluk yang diletakkan di tengah-tengah.
Tetapi bantal peluk itu diletakkan di atas bantal lain seolah-olah kedudukannya seperti seseorang sedang terbaring di atas katil tadi. Cuma bantal dan bantul peluk itu ditutup dengan kain berwarna hitam pekat.
Tetapi setelah Nizar mengamati beberapa kali, ternyata apa yang ada di dalam kain hitam itu bukanlah bantal peluk tetapi kelihatannya seperti ada manusia yang sedang tidur.
Bahkan dari pandangan Nizar tadi, dia seperti melihat lembaga manusia tersebut seperti sedang tidur dan dadanya seperti berombak naik dan turun seolah-olah sedang menarik dan menghembus nafasnya berulang kali.
Lalu kemudiannya dengan mata kepalanya sendiri dia terdengar seperti suara yang keluar betul-betul dari arah lembaga tersebut berbaring.
Dan Nizar juga sempat melihat dari kegelapan yang sosok seperti lembaga tadi terangkat bahunya beberapa kali seperti orang sedang ketawa.
“Hehehehehe..Kenapa tercegat di situ? Masuklah ke sini. Hehehehehe..”
Nizar kembali panik. Walaupun tadi dia merasakan bahawa dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan semua itu. Apa lagi kayu besbol tadi masih lagi erat pada genggamannya. Tetapi apa yang dilihat pada mata kepalanya ini benar-benar menakutkannya.
Kali ini badan Nizar seperti kaku. Kaku besbol di tangannya juga terlepas. Dia seperti tiada daya untuk melangkah lari.
Cuma matanya terus menerus memandang ke arah lembaga yang menyerupai sebatang tubuh manusia yang tertawa kecil di sebalik kain berwarna hitam yang menyelimutinya.
Kemudian dengan perlahan-lahan lembaga yang terbaring terlentang itu cuba untuk duduk. Sambil diikuti dengan suara tertawa, tubuh lembaga tersebut mula terangkat perlahan-lahan sehinggalah ia benar-benar dalam keadaan duduk.
Nizar pada ketika itu seolah-olah cuma menanti kematiannya sahaja. Selepas lembaga itu dalam keadaan duduk, Nizar masih tidak dapat melihat bagaimana rupa lembaga itu kerana masih lagi ditutup dengan kain berwarna hitam tadi.
Lalu kemudiannya lembaga tadi mengeluarkan tangan kirinya dari kain berwarna hitam tadi. Tangan berwarna hitam pekat itu disaluti dengan cecair yang berlendir berwarna hijau tua.
Kemudian kukunya yang panjang berwarna hijau kebiruan itu diangkat beberapa kali seolah-olah cuba untuk mengambil perhatian Nizar. Agar rasa ketakutan Nizar itu terus-menerus membunuh jiwa beraninya.
Kemudian tangan lembaga itu mula menyentuh kain hitam yang menutupi keseluruhan tubuhnya tadi.
Kain hitam itu lalu diganggamnya dan dengan perlahan-lahan kain yang menutupi kepala dan seluruh tubuh lembaga itu ditarik ke bawah sehingga menampakkan keseluruhan bentuk lembaga tadi.
Nizar yang pada ketika itu pula seolah-olah dipaksa untuk melihat apa yang terjadi. Dia tidak mampu untuk menoleh kepalanya ke arah lain. Bahkan sepasang bebola matanya juga seperti dipaksa untuk melihat apa yang berlaku.
Dan kini di hadapannya adalah sesosok lembaga berwarna hitam dan berambut panjang berkilat sedang memandang ke arah dinding. Lalu kemudian memandang ke arah Nizar dengan senyuman yang menakutkan.
Lembaga berambut panjang tanpa bebola mata itu seperti sedang memerhati Nizar. Seolah-olah seperti ada sesuatu yang sedang dicarinya. Kepala lembaga tadi juga seolah-olah bergerak ke kiri dan ke kanan tanpa arah juga seperti sedang mencari sesuatu.
Ketika memandang kembali ke arah Nizar, lembaga itu mula tersenyum. Giginya yang tajam dan agak berselerak itu sengaja ditonjol keluar untuk menambahkan lagi perisa ketakutan di dalam diri Nizar.
“Jadi kamu yang tinggal di sini selama ini? Jadi kamulah yang tidak pernah merasa takut sebelum ini? Jadi kamulah yang tinggal berjiran bilik dengan aku ya? Mungkin kamu tidak kenal aku tapi aku kenal agak lama dengan kamu. Seawal hari pertama lagi kamu di sini.”
Nizar berusaha untuk memandang ke arah sekeliling. Dia tidak pasti dari namakan suara itu muncul.
Yang pasti lembaga di hadapannya itu cuma tersenyum sahaja apabila dia memasang telinga untuk mendengar wujud suara yang tiba-tiba muncul tadi.
Nizar juga tidak tahu apakah dia yang dimaksudkan oleh suara itu tadi.
“Iya..Kamu. Hehehehehe. Kan di sini cuma kau dan aku. Jadi yang kau dengar itu adalah suara aku dan aku pasti kau juga mendengar suara aku bukan? Hehehehehe..”
Nizar kembali terkejut. Ternyata apa yang bermain di benak fikirannya seolah-olah diketahui oleh lembaga itu tadi. Walaupun dia langsung tidak menjawab apa yang ditanyakan oleh lembaga tadi kepadanya.
Kemudian dengan perlahan-lahan lembaga tadi mula merangkak menuruni katil dan menuju ke arah Nizar. Pada ketika itu cuma Allah sahaja yang tahu betapa takutnya Nizar. Apa yang terbayang di fikirannya cumalah ayah dan ibunya.
Nizar cuba berusaha untuk melepaskan dirinya dari semua ini. Apa lagi lembaga berupa hantu berambut panjang yang merangkak dari arah katil tadi sudah semakin dekat dari kedudukannya. Cuma beberapa meter sahaja tinggal dari arah dia berdiri.
Akhirnya dengan segala kekuatan yang ada, Nizar bertakbir melaungkan Allahu Akbar berkali-kali. Itu sahaja yang termampu dilakukan olehnya kerana mulutnya pada ketika itu seperti dikunci.
Lalu kemudiannya dia cuba melepaskan diri dengan cara melarikan diri dari lembaga tadi.
Dengan sepenuh kekuatan Nizar berlari keluar bilik dan melompat ke tingkah bawah tanpa melangkah pada setiap anak tangga tanpa mempedulikan tentang keselamatan dirinya sendiri. Bagi Nizar keselamatan nyawanya lebih berharga dari semuanya itu.
Sesampainya di tingkat bawah Nizar terlupa pula yang pintu rumahnya sedang terkunci dan kunci rumahnya itu pula berada di biliknya di tingkat atas. Pada ketika itu Nizar buntu sebuntunya. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan olehnya.
Dalam keadaan segenting itu tiba-tiba dia terdengar dari tingkat atas seperti ada seseorang sedang menyeret sesuatu. Pada ketika itu terbayang pada pandangan mata Nizar bagaimana lembaga berambut panjang tadi sedang merangkah ke arahnya.
Kemudian fikiran Nizar tertumpa pada bunyi pada tingkat atas yang sepertinya sedang menuruni anak tangga satu persatu.
“Tub..Tub..Tub..Tub..Tub..”
Nizar tidak pasti apakah itu bunyi langkah tapak kaki manusia atau bunyi anggota badan yang sedang diheret menuruni anak tangga satu persatu.
Nizar tidak punyai banyak masa untuk semua itu. Dia cuma mempunyai beberapa saat sahaja untuk berfikir dan mengambil tindakan.
Nizar cuma punya dua pilihan pada ketika itu iaitu sama ada berlari naik ke atas untuk mengambil kunci pintu rumah pada biliknya atau meredah sahaja pintu atau tingkap di ruang tamu. Asalkan selamat dan tidak lagi berhadapan dengan lembaga tadi.
Belum sempat Nizar memikirkan jawapannya, tiba-tiba di sebalik tepi dinding yang terletak anak tangga untuk turun ke bawah, Nizar seakan melihat sesuatu.
Ternyata di sebalik dinding itu kelihatan rambut yang berkilat dan panjang hingga mencecah ke lantai.
Juga munculnya sebuah wajah yang sangat mengerikan sedang memandang Nizar dengan senyuman sehingga menampakkan sususan gigi tajam yang tidak teratur tadi di sebalik mulut lembaga tadi yang hitam dan terbuka luas.
“Hehehehehe..Mahu ke mana kamu? Sekarang aku sudah berada di sisi kamu..Hehehehehe..”
BERSAMBUNG

 

COMMENTS