Kerajaan Rugi RM 300 Juta HSR KL-Singapura Dibatalkan

Kerajaan Rugi RM 300 Juta HSR KL-Singapura Dibatalkan

Projek Rel Berkelajuan tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur secara rasminya terbatal pada tarikh 31 Disember semalam.

Ini bermakna kerajaan perlu menanggung kos pampasan dianggarkan sebanyak RM300 juta kepada Singapura.

2 tahun yang lalu, sebuah alternatif yang dapat menjimatkan kos sehingga RM50 bilion telah dicadangkan kepada kerajaan, dengan menggunakan laluan rel sedia ada.

Cadangan tersebut memberi nafas kepada projek ketika itu yang diminta untuk ditangguhkan kerana beban hutang negara yang tinggi.

Pada Jun lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengatakan pada masa itu kedua-dua negara bersetuju untuk memperpanjang penangguhan projek HSR KL-Singapura hingga 31 Disember 2020, juga menambahkan pada masa yang sama bahawa kedua-dua kerajaan bersetuju untuk meneruskan perbincangan mengenai infrastruktur HSR dengan cadangan perubahan.

Hari ini, sudah terjawab rundingan tersebut gagal.

Malaysia hilang satu peluang sangat besar untuk menjana pendapatan kerana jalan udara Kuala Lumpur-Singapura adalah antara yang tersibuk di dunia.

 

sumber AKSI MUDA http://aksimuda.com.my/rel-berkelajuan-tinggi-hsr-kl-singapura-dibatalkan-malaysia-rugi/?fbclid=IwAR0PNdFq4fAr82jA0xcwuUdNEKsfnvdCVOvQOBZI2XYmJPQ37LXIcKOKAeM

COMMENTS