Kantoi !! J&T Bukan Milik Malaysia Tetapi Luar Negara

Kantoi !! J&T Bukan Milik Malaysia Tetapi Luar Negara
Winner Star Holding adalah pemilik sebenar 100% saham syarikat JnT yang didaftarkan di Hong Kong.
SCRUT J&T EXPRESS (M) SDN BHD
Disebabkan ramai yang request untuk pihak kami SCRUT J&T ni. Kami tolonglah buat. Tapi sebenarnya, kami nak didik masyarakat untuk belajar SCRUT sendiri. Cari kebenaran sendiri, nilai sendiri dan buat keputusan sendiri.
Sebab itu kami bangunkan
Interepo

(www.interepo.com) sebagai pemudah cara. Kami sediakan platform yang lebih simple dan straight forward untuk memudahkan masyarakat menjadi lebih cakna.

Anyway korang boleh search di Interepo no syarikat J&T iaitu 1263493.
Segala maklumat akan keluar sepert alamat, senarai pengarah dan pemilikan. Untuk mereka yang nak ambil tindakan, bolehlah menghantar Letter of Demand (LOD) melalui Tuntut.my atau melalui peguam pilihan anda. Apa-apa pun, #TuntutDulu!
Kami merasakan tindakan pekerja penghantaran menghempas-hempas dan membaling-baling barangan milik customer J&T adalah tindakan yang tidak wajar. Kemarahan kepada syarikat tempat mereka bekerja tidak wajarlah dilempiaskan kepada pengguna servis J&T.
Pengguna servis J&T hanyalah menggunakan servis dan membayarnya. Mereka tidak terlibat dengan keputusan memotong komisen, insentif atau bonus pekerja di J&T. Lebih wajar para pekerja mengambil tindakan yang profesional dengan melalui lunas undang-undang tanpa menzalimi pihak lain.
Rasanya sudah maklum J&T adalah syarikat penghantaran milik Singapura. Senarai pengarahnya ialah rakyat Singapura dan seorang wakil dari Malaysia.
Ingat, SCRUT for the TRUTH!
Get SCRUT before WE get SCREWED!

COMMENTS