J&T Express Mula Diboikot Apabila Memotong Elaun Rider

J&T Express Mula Diboikot Apabila Memotong Elaun Rider
J&T EXPRESS !!
pihak J&T 2021 januari sudah mula menggila sekali lagi terhadap staff pekerja dengan memotong cara mendapatkan komisen.
pihak J&T sudah mengatur langkah dengan membuang elaun komisen runner start bulan januari, maksudnya jika barang tak capai 1200 penghantaran, elaun komisen tidak dapat. elaun penghantaran hanya dikire selepas 1201.
Start januari komisen 1200 parcel delivery kerja wat amal,lebih 1200 baru di kira contoh kalau bulan januari delivery 1500 parcel dia hanye bayar komisen yg 300 parcel sahaje sebab dah lepas 1200 kan,1200 parcel tu dia burn.so 300 parcel x 60sen hanya dapat rm180 sahaje.memang celaka kan,sifat belah kasihan tak ada lasung,dah macam komunis pihak orang atasan ni.
Komisen pikcup dari 4% dah jadi 1%,komisen admin clark lagi la semua dia potong.lepas ni ape pulak dorang nk potong?
dengan pengurangan komisen dari pihak atasan J&T, langsung tiada pembincangan dengan pihak staff yang lain tanpa persetujuan.. pihak atas mengambil kesempatan dalam kesempitan orang bawahan!nak cakap rugi pasal kes covid19?company j&t ni tak pernah tutup selama wabak covid19 ni melanda di negara kita,malahan barang semasa PKP bertimbung2 sampai tak cukup staff dorang ambil partime.lagi mau sembang company rugi ke?
orang bawahan sudah mula utk berbincang dan memberi pendapat tapi tidak diendahkan.. hanya alasan orang atas membandingkan kenapa syarikat penghantaran lain bole buat, J&T tak bole?! shit.
ini kah kukubesi yang mula membiak??!!
jika barang korang oder tu lambat, harap nya paham la situasi kami ye.. dengan kekurangan runner, dengan pemotongan tiada komisen, hanya bergantung basic semata, semangat berkerja pun dah hilang.. gone! sampai staff pun boikot atas ketidakkan perihatinan dari pihak atasan..
anak muda bangsa melayu kerja nak rak hujan panas, orang atasan goyang lutut bawah aircond..
Anak melayu yang naik syarikat j&t ni tapi pihak atasan tidak bersyukur dengan kedudukan company sekarang yang dah stabil tapi mereka tak pandai jaga staff.
Aku seru kepada seller yg meniaga stop la guna perkhidmatan j&t dan customer stop guna j&t kalau masih guna,barang korang lambat sampai jangan marah sebab semua runner nak lari lepas ni,stop membeli brg kat shoppe guna j&t.boikot!!!!!!
boikot! bagi orang atasan sedar kepentingan orang bawahan!
Aku seorang runner dari j&t selangor under SGR.
credit : Jimmy White

COMMENTS