Harga Bawang Mencanak Naik, Menteri PN Terus Membisu

Harga Bawang Mencanak Naik, Menteri PN Terus Membisu

Harga Bawang Mewah Melojak RM 8 Sekilogram November 2020, tetapi Menteri Alexander Nanta Linggi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Terus Membisu tidak membantu rakyat marhaen

ALOR SETAR – Beberapa barang keperluan di daerah Alor Setar didapati naik harga sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) dilaksanakan pada 6 November lalu.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, barang-barang yang dikesan naik harga itu melibatkan barang kawalan semasa perayaan Deepavali.

Menurutnya, Cake turun membuat tinjauan di Pasar Besar Alor Setar selepas mendapat aduan daripada orang ramai sejak beberapa hari lalu.

“Sepatutnya kenaikan tidak berlaku kerana akan membebankan pengguna terutamanya semasa PKPB kerana orang ramai banyak meluangkan masa berada di rumah dan mereka perlu masak sendiri.

“Selain itu ada juga pengguna kesempitan wang selepas kehilangan kerja ataupun pendapatan terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19),” katanya pada sidang akhbar selepas tinjauan di pasar awam tersebut hari ini.

Mohd Yusrizal berkata, harga telur iaitu gred A naik daripada RM3.10 kepada RM3.40, gred B daripada RM2.90 kepada RM3.10 dan gred C pula daripada RM2.70 naik kepada RM2.90.

Menurutnya, harga bawang besar pula naik daripada RM3.50 kepada RM4 sekilogram manakala harga bawang merah daripada RM6 naik kepada RM8 sekilogram dan pihaknya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pemborong yang mengambil kesempatan.

Tambahnya, peniaga turut mengeluh apabila terdapat bekalan bawang yang diterima daripada pemborong sudah buruk sekali gus mendatangkan kerugian kepada mereka.

“Contohnya dalam seguni bawang akan terdapat kira-kira sekilogram bawang yang buruk dan ia akan merugikan mereka. Begitu juga dengan harga telur, peruncit terpaksa jual harga atas pagar iaitu hanya untung satu sen sahaja bagi setiap biji telur,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad ketika dihubungi berkata, kenaikan harga barangan tersebut masih lagi terkawal di bawah pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

Menurutnya, pihaknya sentiasa turun padang memantau harga barangan keperluan dari masa ke masa dan terbaru meninjau harga barang di Pasar Borong, Jalan Gangsa, dekat sini hari ini.

“SHMMP mula dilaksanakan pada 9 November lalu dan berakhir hari ini. Jika selepas ini ada kenaikan harga yang ketara kita akan tengok balik,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/110619/EDISI/Utara/Harga-barang-keperluan-naik-semasa-PKPB-Cake
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

COMMENTS