Denda RM1,000 jika gagal imbas MySejahtera di stesen minyak

Denda RM1,000 jika gagal imbas MySejahtera di stesen minyak

MYSEJAHTERA telah diperkenalkan kerajaan sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

Umum telah mengetahui aplikasi itu bertujuan untuk orang ramai mendaftarkan diri sekali gus dapat mengesan sekiranya terdapat kontak rapat dengan individu yang disahkan positif
Covid-19.

Ia sangat penting demi pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Terbaharu, Malay Mail melaporkan pihak polis akan mengeluarkan saman kepada individu yang gagal mengimbas MySejahtera sewaktu mengisi minyak di stesen minyak.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid, orang ramai dinasihatkan untuk mengimbas MySejahtera terlebih dahulu meskipun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.

“Hal ini dibuat sebagai langkah untuk mengesan sekiranya terdapat individu yang positif Covid-19 di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai klip rakaman suara seorang lelaki yang mendakwa bapanya telah dikompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak meskpun memakai pelitup muka.

Perlu diingat! Sentiasalah amalkan SOP dan patuhilah peraturan yang telah ditetapkan kerajaan demi memutuskan rangkaian Covid-19 yang kian mengganas ini.

COMMENTS