Bukti Muhyiddin cuba beli Ku li – Lokman

Bukti Muhyiddin cuba beli Ku li – Lokman

Surat YBM Tengku Razaleigh Hamzah kepada Speaker Dewan Negara ini mengesahkan bahawa Bekas Perdana Menteri kita Muhiyiddin Yassin terbukti sebagai seorang penyogok tegar.

Cubaan menyogok Tengku Razaleigh dengan jawatan Pengerusi Petronas jelas membuktikan masalah intigriti Muhiyiddin. Sebelum ini, Dato’ Sri Nazri Aziz juga telah menolak sogokan Muhiyiddin yang menawarkan beliau jawatan Pengerusi PNB.

Perlantikan Muhiyiddin sebagai Perdana Menteri dibuat berdasarkan pengakuan Ketua-Ketua Parti yang menyokong beliau secara en- bloc mewakili kesemua MP parti berkenaan.

Dari pengakuan Ketua-Ketua Parti inilah Muhiyidin mengistihar dirinya memperolehi 113 undi dan mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dan diangkat Perdana Menteri.

Kenyataan Dato Sri Nazri yang menyatakan beliau tidak lagi menyokong kepimpinan Muhiyiddin sebagai Perdana Menteri dan Pendedahan surat permohonan Usul Persendirian YBM Tengku Razaleigh untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Muhiyiddin Yassin adalah manifistasi jelas bahawa Muhiyiddin telah kehilangan 2 undi MP dari BN dan kini tinggal kurang dari 111 MP yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Ini belum lagi UMNO mengambil keputusan rasmi meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional dan berhenti menyokong Muhiyiddin bagi mengesahkan kedudukan Muhiyiddin sebagai Bekas Perdana Menteri. Sekiranya Muhiyiddin masih lagi mempunyai sedikit maruah pada dirinya, sewajarnya beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan mengakui kerajaan Perikatan Nasional sudah tumbang. Tidak perlulah mengancam mahu mengugut UMNO.

Masih ramai anak jantan di dalam UMNO yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman. DAN JANGAN SESEKALI INGAT PEMIMPIN UMNO SEMUA BOLEH DIBELI SEPERTI MEREKA YANG SUDAH MELOMPAT KE PPBM.

Dato’ Lokman Noor Bin Adam
Presiden
Laskar Siber Malaysia

Sumber : https://www.facebook.com/LokmanNoorAdam/posts/3635904039786963

COMMENTS