Bahana Sihir Pemisah

Bahana Sihir Pemisah
CERITA KELAPAN: BAHANA SIHIR PEMISAH
Pada tahun 2006, ketika saya masih mengajar di SMK Baru Bintulu sebagai guru sandaran, saya pernah dijemput untuk menjadi penceramah mingguan bagi slot kuliah maghrib di Masjid Assyakirin Bintulu.
Kalau tidak silap saya slot saya berkenaan dengan Bab Asal Perpecahan Di Kalangan Umat Islam contohnya tentang asal kewujudan Khawarij, Syiah, Mu’tazillah dan bebagainya, salah satu dari pelbagai cabang dari pembahasan Bab Aqidah.
Pada suatu hari, selepas saya selesai memberi kuliah maghrib dan solat isya berjemaah di masjid tersebut saya didatangi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Haji Hadi.
Haji Hadi seorang yang peramah, tinggi dan sentiasa tersenyum. Beliau berasal dari Bintulu dan menetap di sebuah kampung. Saya pernah terserempak beberapa kali dengan Haji Hadi di Bandar Bintulu.
Yang paling saya ingat sampai sekarang adalah semasa saya membeli ikan dan sayuran di Pasar Tamu Bintulu, saya terlanggar bahu isteri Haji Hadi.
Isterinya tiba-tiba memarahi saya dan memukul saya dengan menggunakan bakul. Haji Hadi sempat menegur dan memarahi isterinya dan meminta maaf kepada saya. Bagi saya itu perkara biasa sahaja. Saya tidak marah sedikitpun. Sebab itulah saya agak ‘familiar’ dengan Haji Hadi dan isterinya ini. Tapi itu cerita lama.
Haji Hadi memberi salam dan mula menyapa saya.
“Assalamualaikum ustaz.”
“Waalaikumsalam bang. Abang apa khabar?
“Alhamdulillah sihat. Saya Haji Hadi. Ustaz, saya nak minta tolong ustaz. Berkenaan dengan isteri saya.”
“Kenapa dengan isteri abang?”
“Macam ni ustaz. Saya dan isteri dan sudah 20 tahun kami menikah. Kami cuma mempunyai seorang anak sahaja. Perempuan. 17 tahun. Baru lepas SPM. Isteri saya bernama Sukmawati dan anak saya bernama Ema.”
“Ada apa-apa ke yang saya boleh tolong bang?”
“Begini ustaz. Isteri saya ni. Selalu sakit-sakit. Lenguh badan, sakit tengkuk, sakit perut. Tidur malam meracau, mimpi menakutkan. Di rumah kami selalu berjumpa dengan ular tedung hitam. Paling kurang seminggu sekali mesti salah seorang dari kami akan berjumpa dengan ular tersebut. Saya rasa ular yang sama jugak tu ustaz. Kerana ada tanda kemerahan di antara matanya. Ustaz bayangkan dalam 20 tahun kami hidup bersama ular tersebut. Yang peliknya bagaimana ular tu masih hidup lagi sedangkan dah 20 tahun kami jumpa ular yang sama. Ular yang normal cuma dapat hidup untuk beberapa tahun sahaja.”
Saya cuma mengangguk. Sayapun tidak tau kalau ular boleh hidup agak lama. Kalau ular sawa mungkin boleh jadi.
“Dalam beberapa tahun ni, isteri saya kerap sangat sakit perut. Kadang-kadang isteri saya menangis-nangis sambil tergolek-golek menahan perutnya. Pernah saya bawa isteri saya ke hospital dan berjumpa dengan beberapa orang pakar. Di Sarawak, Semenanjung. Menurut mereka isteri saya tidak sakit. Paling kurangpun cuma gastrik sahaja. Semua ubat yang diberikan tidak berkesan ustaz.”
“Jadi abang nak mintak tolong apa?”
“Macam ni ustaz? Nak mintak tolong ustaz tengok-tengokkan isteri saya. Tiup-tiup sikit ustaz. Sebab kadang-kadang saya macam dah tak tahan dengan perangai isteri saya.”
“Takpelah Bang Hadi. Orang sakit memang macam tu.”
“Masalahnya ustaz bukan sebab isteri saya sakit. Kalau sakit saya boleh tahaan lagi. Tapi perangai dia tu dah lain macam saya tengok. Lebih-lebih lagi dalam setahun ni.”
“Lain macam mana tu bang?”
“Hari-hari mintak cerai ustaz. Sebab dia benci tengok muka saya. Pernah sekali tu dia siram air kopi kat muka saya. Nasib baik kopi tu tak panas sangat. Saya marah kat isteri saya. Saya tanya kenapa buat macam tu. Dia jawab sebab dia tengok muka saya macam hantu. Tapi sebagai seorang suami saya faham yang dia sakit ustaz.”
Saya cuma mampu tersenyum melihat Haji Hadi bercerita ketika itu. Kesian ada, lawakpun ada.
“Isteri saya ni cepat marah, cepat nak mengamuk, kadang-kadang sedih, termenung. Rumah tak berkemas dan sebagainya. Saya dan anak saya Si Ema tulah yang tolong kemaskan. Sekarang ni Ema yang masak ustaz. Minggu lepas isteri saya kata nak masak. Lepas dia masak dia hidangkan kami nasi dan lauk pauk yang lain.”
“Tengah saya suap dan kunyah nasi tiba-tiba saya rasa sakit di dalam mulut sebab tergigit benda yang tajam. Bila saya keluarkan balik nasi di dalam mulut saya, saya lihat ada paku payung ustaz. Lepas tu saya periksa di dalam bekas nasi tu kat bahagian bawah ada dalam berbelas lagi paku payung. Dalam lauk sayur dan ikanpun ada. Saya tanya kenapa letakkan paku payung ni. Dia ketawa sambil mengatakan supaya saya cepat mati.”
“Bahaya tu Bang Hadi. Tak boleh nak tangguh lama-lama berubat kalau macam ni. Makin teruk nanti bang.”
“Itulah ustaz. Risau saya. Saya kesiankan isteri saya. Sebagai seorang suami, naluri saya mengatakan bahawa apa yang dia buat tu bukan kehendak dia. Tapi ada sesuatu yang mempengaruhi isteri saya untuk jadi macam ni. Saya tau isteri saya baik orangnya.”
“Isteri abang solat kat sebelum ni. Selalu mengaji tak?”
“Dulu dia memang solat ustaz. Tapi selepas berlaku suatu peristiwa tu dia dah tak solat dah.”
“Innalillahi wa inna ilaihi roji’un..Peristiwa apa tu bang?”
“Pernah suatu ketika isteri saya nak solat sorang-sorang kat bilik ustaz. Masa tu saya tengah mengaji kat ruang tamu. Tengah dia angkat ‘takbiratul ihram’ tu tiba-tiba ada pocong betul-betul terbaring melintang kat depan sejadah dia. Apa lagi isteri sayapun menjeritlah lalu keluar dari bilik. Lepas tu saya pulak menjerit lalu melompat keluar dari tingkp rumah sebab isteri saya meluru keluar dari bilik sambil berlari ke arah saya dengan lengkap bertelekung. Saya ingat dia tu hantu ustaz. Hahaha..”
“Hahaha..Ni betul-betul lawak bang.”
Sengaja saya ketawa ketika itu. Bukan untuk memperlekehkan Haji Hadi tetapi untuk mengurangkan tekanan yng dipikul oleh Haji Hadi. Nampak sangat Haji Hadi bingung ketika itu.
“Semua tu saya boleh tahan lagi ustaz. Hinggalah pada minggu lepas ketika saya tidur saya termimpi. Saya lihat semacam pontianak mengejar saya. Saya berlari sekuat hari. Akhirnya saya jatuh tersungkur di dalam mimpi tu. Bila saya telentangkan badan saya, saya lihat pontianak tu berdiri betul-betul di hadapan saya. Pontianak tu cuba untuk mencekik saya menggunakan tangannya.”
“Lepas tu saya bertakbir sekuat hati saya. Allahu Akbar, Allahu Akbar beberapa kali. Selepas itu saya terjaga dari tidur saya. Bila saya buka mata saya lihat isteri saya sedang memegang pisau lalu menikam ke arah saya. Saya cuba mengelak dan saya terjatuh dari katil. Saya bingkas bangun dan baca ayat Kursiy. Lintang pukang bacaan Al Quran saya ustaz.”
“Kemudian isteri saya menjerit dan ketawa. Matanya merah dan hampir tersembur keluar. Pisau di tangannya diangkat dan isteri saya memotong pergelangan tangannya dengan pisau tadi. Tapi yang peliknya langsung tak ada darah ustaz. Isteri saya tak ada cedera sedikitpun. Saya beranikan diri untuk merampas pisau di tangannya. Kami bergelut dan akhirnya isteri saya jatuh. Pisau tu saya ambil dan saya baling ke luar bilik.”
“Isteri saya masih lagi memerhati saya ketika itu dan tersenyum sambil ketawa. Lalu saya cuba untuk bertanya kepada isteri saya ketika itu. Lebih kurang camnilah dialog kami ustaz.”
“Istighfar sayang. Kenapa buat abang macam ni?”
“Sukma bukan milik engkau. Engkau ceraikan dia. Kalau tak aku akan bunuh engkau.”
“Kau siapa?”
“Aku adalah makhluk suruhan tuan aku. Ingat kalau kau tak ceraikan dia kau akan mati. Kalau tak pun Sukma yang akan mati nanti. Hahaha..”
“Lepas tu isteri saya terbaring balik. Tak sampai tiga minit dia terbangun lalu menangis. Saya tanya kenapa. Dia jawab dia bermimpi ada orang yang hendak membunuh saya pada malam tu. Di dalam bilik kami. Isteri saya melihat apa yang berlaku di dalam bilik ketika itu. Dari saya terjatuh dari katil, membaca Surah Kursiy dan ketika saya sedang menahan orang yang hendak membunuh saya. Tapi dia tak sedar sebenarnya dialah yang hendak membunuh saya. Tapi saya tau itu bukan dia ustaz.”
“Dalam mimpi tu juga isteri saya seperti terikat dan melayang di atas tempat tinggi. Tetapi ada pontianak yang terbang mengelilingi isteri saya supaya dia tidak dapat melepaskan diri.”
“Kalau macam tu abang bawak isteri abang berubat cepat.”
“Ustaz bila free?”
“Insyaallah kalau dah macam ni tak boleh nak tangguh-tangguh lagi bang.”
“Ustaz free tak sekarang?”
“Insyaallah free bang.”
“Jom ustaz kita pergi ke rumah. Boleh ustaz tolong tengok-tengokkan isteri saya.”
“Insyaallah. Jom bang.”
Saya mulakan dengan membaca Basmallah. Diikuti dengan bacaan zikir;
“Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah.”
Mksudnya; “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepadaNya dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganNya.”
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca (zikir): Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah.”
“Dengan nama Allah, aku berserah diri kepadaNya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganNya),
Maka malaikat akan berkata kepadanya: “(Sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh Allah Ta’ala), dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (dari semua keburukan)”, sehingga syaitan-syaitanpun tidak dapat mendekatinya dan syatan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana (mungkin) kamu dapat (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga (oleh Allah Ta’ala)?”
(HR Abu Dawud, at Tirmidzi dan Ibnu Hibban, dinyatakan shahih oleh Imam At Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Syeikh Al Albani)
BERTANDANG KE RUMAH HAJI HADI
Selepas itu kami berangkat menuju ke rumah Haji Hadi. Saya mengikuti dari belakang kereta Haji Hadi ketika itu dengan menggunakan motosikal EX5 hitam saya. Sepanjang perjalanan itu saya cuma makan asap sahaja kerana kedudukan motosikal saya agak dekat mengekori kereta HajI Hadi.
Selepas sampai di halaman rumah Haji Hadi, kami disambut oleh isteri Haji Hadi iaitu Kak Sukma dan anak mereka iaitu Ema dengan senyuman di pintu masuk rumah mereka. Kemudian Haji Hadi memberi salam kepada mereka.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikum salam. Jemput masuk.” Jawab Kak Sukma.
Kamipun naik ke rumah. Bermula dari Haji Hadi dan disusuli oleh saya. Saya melangkah masuk dengan menggunakan kaki kanan dahulu sambil membaca;
“Bismillahilladzi laa yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wa laa fis sama’ie wa huwas sami’un alim.”
Maksud ayat:
“Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa, “Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan NamaNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya.”
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Saya kemudiannya memerhati keadaan sekeliling rumah.
Rumah Haji Hadi agak luas dan tidak banyak perabot. Kecuali beberapa peralatan untuk kegunaan harian dan perhiasan asas seperti satu set sofa berwarna hitam, meja, almari tv dan empat pasu bunga bersaiz sederhana di setiap sudut ruang tamu.
“Silakan duduk ustaz. Minta maaf rumah berselerak.”
“Baik bang. Terima kasih.”
Saya memilih untuk duduk di kerusi sofa ‘single’ supaya Haji Hadi dan keluarganya boleh duduk bersama di sofa yang panjang. Ketika saya hendak duduk saya perhatikan Kak Sukma merenung saya dengan mata yang berkilat sambil tersenyum. Saya membalas senyuman Kak Sukma sambil membaca Surah Kursiy di dalam hati.
Kemudian saya hembus secara perlahan-lahan ke arah wajah Kak Sukma. Tiba-tiba Kak Sukma terbersin dan seolah-olah baru tersedar dari mimpi.
“Assalamualaikum ustaz. Bila sampai?”
“Waalaikumsalam Kak Sukma. Baru je sampai.”
Haji Hadi kemudiaannya memandang saya sambil berkata;
“Macam nilah keadaan isteri saya ustaz. Semakin hari semakin teruk sifat pelupanya.”
Saya cuma tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala sambil memandang terus ke arah Kak Sukma.
“Abang Hadi, Kak Sukma tu bukan pelupa bang. Nampak sangat syaitan yang menganggu dia tadi.”
Haji Hadi terus memandang saya dengan wajah kehairanan.
“Betul ke ustaz?”
“Nanti kita tengok macamana k?”
Saya tak dapat nak menjanjikan apa-apa dulu kepada Haji Hadi sebab saya risau Haji Haji akan terlalu berharap kepada saya lalu terlupa kepada Allah yang juga sebaik-baik penolong.
“Ema, tolong buatkan air untuk ustaz.”
“Baik ayah.” Jawab Ema sambil berjalan menuju ke arah dapur.
“Tak payahlah abang. Nanti jelah kita minum. Kerja kitapun belum mula lagi.”
“Tak apalah ustaz. Air bujang je. Hahaha..”
Saya tersenyum lagi. Saya kemudiannya bersembang dengan Haji Hadi dan Kak Sukma untuk bertanyakan tentang masalah yang Kak Sukma hadapi.
Kak Sukma juga sempat bertanya kepada saya sama ada saya masih teringat lagi atau tidak peristiwa di Pasar Tamu Bintulu yang dia memukul bahu saya dengan menggunakan bakul. Saya cuma tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala sahaja.
Kak Sukma menjelaskan pada ketika itu apabila dia memandang saya, dia tidak dapat mengawal perasaannya. Dia sangat-sangat benci melihat saya tanpa sebarang alasan sekalipun.
Kemudian Haji Hadi mencuit bahu Kak Sukma kerana ketika itu muka Kak Sukma mula berubah kemerahan seperti sedang menahan marah, matanya merah dan besar serta cuba untuk menerkam saya. Selepas dicuit bahu oleh Haji Hadi, Kak Sukma tiba-tiba terkejut.
“Dah lama ke Kak Sukma sakit ni?”
“Dah lama juga ustaz. Sayapun dah tak ingat berapa lama. Apa yang mampu saya ingat adalah di awal pernikahan kami, saya rasa bahagia. Selepas tu hingga sekarang saya langsung tidak merasakan kebahagiaan dalam pernikahan kami walaupun selepas 20 tahun.”
“Seingat Kak Sukma apa perkara yang Kak Sukma masih ingat pada awal-awal kakak rasa diganggu dulu”
Kak Sukma terdiam. Merenung ke luar jendela rumahnya yang terbuka. Berkerut juga dahi Kak Sukma ketika itu.
SIHIR PEMISAH
“Saya teringat suatu perkara ustaz. Masa hari pertama pernikahan kami, selepas upacara akad nikah dan kenduri, kami bersama ahli keluarga yang lain duduk di ruang tamu sambil membuka hadiah-hadiah pemberian kawan-kawan. Dalam banyak-banyak hadiah tersebut terselit sebiji kek berwarna biru.”
“Entah kenapa kek tersebut benar-benar menarik minat saya. Yang saya perasan masa tu seperti ada suara yang meminta saya untuk makan kek tersebut secepat mungkin. Saya ambil kek tersebut dulu bebanding dengah hadiah-hadiah yang lain. Masa tu suami saya dan ahli keluarga lain sedang membantu kami membuka hadiah. Mereka tidak memerhatikan gelagat saya. “
“Kek itu saya ambil dan saya makan dengan lahapnya. Semasa tengah mengunyah kek tersebut saya rasa seperti ada segumpal rambut tersekat di kerongkong saya. Saya cuba untuk memuntahkan kek tersebut tetapi tidak berjaya. Saya cuba juga untuk mengeluarkannya dengan tangan saya. Tapi tidak juga berkesan. Akhirnya rambut tersebut cepat-cepat masuk ke dalam perut saya seperti ada sesuatu yang menolak ke dalam.”
“Bermula dari hari itulah saya tiba-tiba membenci suami saya. Badan terasa sakit setiap hari. Wajah suami saya saya tengok seperti hantu. Saya merasa panas apabila berada dekat dengannya. Hari-hari saya meminta cerai. Setiap hari saya mendengr suara halus yang membisikkan ke telinga saya supaya membunuh suami saya.”
“Tapi Alhamdulillah sampai sekarang Alllah masih pelihara kami dari perkara yang buruk ustaz. Saya tak layan semua bisikan tu. Tapi rasa benci, menyampah, geram dan sebagainya masih lagi ada dalam hati. Satu lagi ustaz.”
“Kadang-kadang masa tengah berjalan ke, di rumah ke atau di mana-mana saja tiba-tiba sahaja saya susah nak berjalan secara normal. Pernah beberapa kali saya terjatuh ketika berjalan sebab seolah-olah saya tak merasa tapak kaki saya. Kadang-kadang saya terpaksa berpaut di meja atau kerusi atau saya duduk kerana ketika itu saya rasa seperti melayang-layang ditiup angin.”
“Bahaya jugak tu Kak Sukma. Alhamdulillh Allah masih selamatkan Kak Sukma sekeluarga.”
“Alhamdulillah, syukur ustaz.”
“Ustaz, ustaz rasa saya diganggu syaitan ke? Kenapa hidup saya tidak normal seperti orang lain? Saya juga ingin bahagia dan membahagiakan keluarga saya ustaz.”
“Saya faham Kak Sukma. Dari apa yang Haji Hadi dan Kak Sukma ceritakan kepada saya tadi, kalau semua ini berkaitan dengan gangguan jin, saya syak Kak Sukma terkena salah satu dari gangguan ini.”
“Gangguan apa ustaz?”
“Kalau bukan gangguan jin asyik, kemungkinan juga gangguan sihir. Tapi saya tak rasa ini gangguan jin asyik kak sebab gangguan yang kakak alami ini banyak menunjukkan tanda-tanda sihir. Boleh saya tanya kakak beberapa soalan tak?”
“Boleh ustaz. Silakan. Saya akan jawab dengan jujur. Saya dah tak tahan hidup macam ni.”
“Kak Sukma ade rasa berat kat tengkuk tak?”
“Ade ustaz.”
“Mimpi ular atau binatang berbisa lain?”
“Mimpi ular tu hampir setiap malam.”
“Mimpi ada orang kejar kakak ke nak bunuh kakak ke?”
Selalu juga kali ustaz.”
“Sesak nafas?”
“Selalu ustaz.”
“Kalau masuk waktu asar hingga masuknya isya Kak Sukma ada rasa pelik-pelik tak?”
“Ada ustaz. Rasa gelisah, nak mengamuk, takut, rasa nak bunuh diri, berdebar dan macam-macam lagilah.”
“Yang Kak Sukma rasa semua-semua ni berlaku pada selepas asar dan sebelum isya ke?”
“Betul tu ustaz. Kenapa ustaz tanya soalan macam ni?”
Saya terdiam sebentar. Kak Sukma dan Haji Haji memandang tepat ke arah saya sambil menunggu jawaban dari saya.
“Insyaallah kalau betul benda ni ada berkaitan dengan gangguan jin, kemungkinan besar kakak terkena sihir. Semua yang saya tanya itu adalah tanda-tanda yang ada pada orang yang terkena gangguan sihir ni.”
“Astaghfirullahal ‘azhim.”
Kak Sukma mengucap panjang. Kami diam seketika sebelum meneruskan lagi perbualan kami.
DIGANGGU JIN SIHIR
Sedang kami duduk-duduk berbual tiba-tiba kami dikejutkan dengan suara Ema dari arah dapur.
“Allah. Ayah..Mak..Ada hantu kat sini.”
Saya dan Haji Hadi berdiri lalu bergegas menuju ke dapur. Sesampainya di dapur saya lihat Ema sudah terduduk ketakutan sambil menutup mata. Haji Hadi merangkul tubuh Ema, memeluk lalu menyuruh Ema membaca istighfar.
Saya kemudiannya membaca Surah Kursiy dan kemudian meminta Haji Hadi juga membaca Surah Kursiy sambil mengusap muka Ema dari arah dahi turun ke dagu.
“Ema, Ema tengok apa tadi?” Tanya saya.
“Ema tengok ada ular yang besar masuk dari arah tingkap dapur masa tengah cuci cawan. Ular tu merenung dan cuba menyerang Ema. Masa Ema nak lari tu kaki Ema tak dapat nak bergerak sebab tiba-tiba ada pontianak di sebelah belakang Ema. Pontianak tu memeluk Ema dari belakang dan ketawa.”
“Ketika Ema menoleh ke belakang Ema lihat ada semacam ulat-ulat jatuh dari lubang pipi pontianak lalu jatuh ke bahu Ema. Baunya sangat menyesakkan nafas Ema. Lidahnya yang terjelir panjang sempat mencekik leher Ema. Rasa lidahnya kasar macam tali kapal je rasanya. Ema langsung tak dapat nak menjerit dan bergerk tadi.”
“Alhamdulillah Ema kuatkan hati dengan membaca Ayat Kursiy lalu semuanya hilang dari pandangan mata Ema. Ema lalu menjerit dan meminta tolong.”
Kemudian Ema menangis semahu-mahunya sambil memeluk Haji Hadi. Haji Hadi cuba memenangkan Ema yang masih lagi dalam keadaan ketakutan. Keadaan hening seketika.
Tiba-tiba kami dikejutkan dengan kehadiran seekor ular senduk berwarna hitam. Agar besar dari saiz ular senduk biasa. Saiznya sebesar betis lelaki dewasa. Bergerak perlahan-lahan menuju ke arah kami.
Sesampainya di hadapan kami, ular tersebut berhenti dan memandang tepat ke arah kami. Tanda merah di antara kedua matanya jelas kelihatan.
Selepas itu ular itu bergerak ke arah tingkap dapur dan keluar melalui tingkap tadi. Sebelum itu ular itu sempat memandang ke arah kami dengan sinar matanya yang tajam.
“Ustaz, itulah ular yang saya bagitau ustaz sebelum ni.”
Saya meminta Haji Hadi dan Ema supaya jangan bercakap dan membaca apa sahaja ayat Al Quran yang mereka hafal.
Baru sahaja kami merasa lega kerana ular itu telah hilang dari pandangan mata, tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi teriakan dan ketawa Kak Sukma dari arah ruang tamu.
“Hahahaha..Arrrgghh….”
Kami bertiga bingkas bangun dan berlari menuju ke arah ruang tamu untuk melihat apa yang terjadi kepada Kak Sukma.
Sesampainya di ruang tamu, kami melihat Kak Sukma sedang merangkak sambil wajahnya menyentuh lantai. Menjilat-jilat lantai. Jelas kelihatan lidahnya yang agak panjang dari kebiasaan dan berwarna kemerah-merahan.
Wajah Kak Sukma sangat menakutkan ketika itu. Kemudian Kak Sukma menyebut beberapa patah perkataan yang saya sendiripun tidak tahu maksudnya lalu mengigit lengan bajunya hingga terkoyak.
Kak Sukma juga mencakar jubin di atas lantai rumah mereka dan cuba untuk membenam kukunya ke dalam jubin tersebut hingga bergetar kedua tangannya lalu keluar darah dari celah-celah kuku Kak Sukma.
Kak Sukma memandang ke arah langsir tingkap lalu merentap sekuat hatinya hingga terkoyak dan tercabut dari batang kayu penahannya.
Kemudian saya meminta Haji Hadi untuk berlari ke arah Kak Sukma dan duduk di belakangnya. Supaya mudah bagi kami untuk mengawal Kak Sukma dari berdiri dan mengamuk sekiranya berlaku.
Tetapi lain pula jadinya. Walaupun Haji Hadi duduk di belakang Kak Sukma dan kedua belah lengan Kak Sukma secara spontan dipijak oleh Haji Hadi, tetapi dengan kekuatan yang ada pada Kak Sukma yang diresapi gangguan syaitan ketika itu, Kak Sukma masih mampu lagi untuk bergerak dengan menggunakan badannya ke hadapan dan menuju ke arah saya dan Ema.
Agak lucu juga ketika itu sebab saya perhatikan Haji Hadi seperti sedang menaiki sebuah bot sambil tercengang melihat keadaan Kak Sukma. Haji Hadi sempat terkejut dan melemparkan senyumannya kepada kami.
Bayangkan berapa bebanan berat badan Haji Hadi di belakang Kak Sukma tapi Kak Sukma masih lagi mampu untuk bergerak ke hadapan sambil memandang saya dan Ema dalam keadaan yang marah.
Air liur berwarna putih kehijauan meleleh keluar dari mulut Kak Sukma lalu menyentuh dagu dan baju kurung hijaunya lalu mengalir perlahan jatuh ke lantai.
Saya beristighfar panjang dan membaca zikir pendek sambil memohon perlindungan kepada Allah. Kerana cuma Allah sebaik-baik pelindung untuk kami.
“A’uudzu billahi minasy syaitaanir rojim.”
“Aku memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam.”
Kemudian saya membaca;
“A’uudzu bi kalimaatillahit taammaati min syarri maa khalaq.”
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya.”
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata: seseorang mendatangi Rasulullah dan berkata, “wahai Rasulullah, tadi malam aku disengat kalajengking.”
Rasulullah bersabda:
“Jika di sore hari engkau mengucapkan A’uudzu bi kalimaatillahit taammaati min syarri maa khalaq, niscaya tidak akan membahayakanmu”.
Suhail (perawi hadits ini) berkata:
“Keluarga kami selalu mengajarkan bacaan tersebut, mereka membaca setiap malam. Suatu hari seorang budak tidak membacanya hingga ia tidak punya tameng dari sengatan kalajengking.”
Al-Qurthubi radhiyallahu anhu berkata: “Hadits di atas adalah shahih dan benar, kami mengetahui kebenarannya baik secara dalil maupun kenyataan.”
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadits bahwa Rasulullah bersabda:
“Barang siapa masuk rumah dengan membaca A’uudzu bi kalimaatillahit taammaati min syarri maa khalaq tidak akan ada sesuatu pun yang membahayakannya hingga ia keluar dari rumah tersebut.”
Selepas itu saya meminta Ema untuk membantu Haji Hadi menahan tangan dan bahu Kak Sukma dan menelentangkan kedudukan badan Kak Sukma sementara saya mengambil langsir tingkap yang terjatuh tadi untuk menyelimuti Kak Sukma.
Kak Sukma terus memandang ke arah saya. Senyumannya sangat menyeramkan sambil menyanyi bait-bait lagu jawa seolah-olah memanggil sesuatu.
Bait-bait lagu jawa tersebut masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya hingga sekarang dan saya masih teringat-ingat lagi lagu ini. Kali pertama saya mendengar lagu ini iaitu semasa saya masih menuntut di Indonesia dulu.
Ketika itu saya dan kawan sekuliah saya sedang melawat seorang pesakit yang histeria di hospital. Pesakit itu adalah kakak kepada kawan saya tadi. Kakak dialah yang menyanyikan lagu tersebut hingga naik bulu roma saya mendengarnya.
Ketika itu saya masih belum lagi belajar ilmu Ruqyah Syar’iyyah ini. Memang menyeramkan apabila kali pertama mendengarnya. Terasa lemah longlai kepala lutut. Hahaha..
Semasa di rumah Haji Hadi, itulah setelah kali pertama saya mendengar kembali alunan lagu ini setelah beberapa tahun saya tidak mendengarnya. Bayangkan suasana rumah sunyi dan di sekeliling rumah Haji Hadi cuma terdengar bunyi cengkerik dan daun-daun pokok yang bergesel sesama sendiri. Seolah-olah lagu itu menyatu dengan alam.
Saya yakin siapa yang lemah iman, jiwa dan semangatnya pasti akan ketakutan dan histeria. Na’u dzubillah.
BERDIALOG DENGAN JIN
Saya memandang wajah Kak Sukma sambil memulakan bacaan ruqyah. Bermula dari surah Al fatihah yang say abaca berulang-bulang kali.
Kak Sukma kemudianya memandang yang tanpa berkelip sedikitpun. Matanya semakin membesar dan berkilat kehitaman bertukar menjadi hitam tanpa sinar.
Dagu dan kepala Kak Sukma bergerak-gerak sambil mulutnya bergetar dan lidahnya terjelir ke atas. Saya mulakan dengan bacaan Basmallah;
“Bismillahir rahmaanir rahiim. Ya ma’syaral jin (Wahai golongan jin). Boleh saya tahu kamu siapa?”
“Aku adalah aku dan engkau adalah engkau. Aku pemuja api dan matahari. Jika engkau mahu dipuja, nescaya aku akan menjadikan engkau tuhan yang akan aku sembah dengan seluruh jiwa ragaku.”
“Astaghfirullahal ‘azhim. Aku cuma hamba kepada Allah. Aku makhluk seperti engkau dan bukan tuhan yang berhak untuk disembah.”
“Ya. Kalau begitu engkau sembahlah aku. Nescaya segala permintaanmu akan aku tunaikan. Hahaha..”
“Na’udzubillahi min dzaalik. Aku meminta perlindungan Allah dari perkara seperti itu. Kenapa kau ganggu Kak Sukma?”
“Aku yang ganggu Sukma? Bukan Sukma ke yang mengganggu tuan aku? Hingga tuan aku dan suami Sukma tidak dapat menikah?”
“Itukan urusan jodoh. Jodoh Allah yang tentukan. Kenapa tuan engkau tidak dapat menerima kenyataan?”
“Bukan tidak dapat menerima kenyataan. Bukankah perampas itu berhak tersiksa dan mati dalam keadaan hina? Hahaha.”
“Apa yang kau lakukan pada Kak Sukma? Hingga dia tersiksa begini selama 20 tahun.”
“Aku lakukan hal yang kecil sahaja. Aku tidak mahu dia mati. Tetapi aku mahu dia tersiksa setiap saat hingga kematiannya. Ajalnya semakin hampir. Perutnya aku ganggu hingga dia tidak dapat melahirkan anak lagi.”
“Aku minta supaya engkau keluar dari badan Kak Sukma dan jangan menyiksa dia lagi.”
“Engkau bukan tuan aku. Aku dipuja dan diberi makan oleh tuan aku setiap malam jumaat supaya ilmu sihir ini semakin subur dan menjalar hinggak ke setiap ruang-ruang romanya. Hahaha..”
“Kalau kau mahu Sukma kembali sihat, kau sediakan aku makanan dari darah ayam hitam. Kau campakkan ke hutan. Seru nama aku. Hidangkan aku juga pulut kuning dan rokok daun dan hanyutkan ke laut dengan sebuah kapal kecil yang kau buat dari daun kelapa kering. Aku akan menantimu. Kemudian engkaulah tuhan yang akan aku sembah.”
“Sesekali aku tidak akan tunduk kepada syaitan. Kalau kau tidak mahu keluar kau dengarlah ayat ini..”
Kemudian saya mula membaca Surah Al Fatihah dan Surah Al Baqarah ayat 102;
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh setan-setan pada masa Kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir, tetapi setan-setan itulah yang kafir; mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babiliona yaitu Harut dan Marut. Padahal, keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan “Sesungguhnya kami hanyalah cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua-duanya (Malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan mencelakakan seseorang dengan sihirnya, kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh,mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu,niscaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjualdirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu.”
Surah Al Baqarah ayat 102 ini adalah salah satu ayat untuk mematikan sihir pemisah atau sihir yang menyebabkan perceraian dan juga boleh dibaca untuk sihir-sihir jenis lain.Saya baca berulang-ulang kali. Dalam berbelas kali juga rasanya.
Pada awalnya syaitan itu tetap terus ketawa. Saya bacakan terus ayat tadi dan menambah beberapa lagi ayat-ayat tentang sihir.
“Dan kami wahyukan kepada Musa: “Lemparkanlah tongkatmu!” Maka sekonyong-konyong tongkat itu menelan apa yang mereka sulapkan. Karena itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan. Maka mereka kalah di tempat itu dan jadilah mereka orang-orang yang hina. Dan ahli-ahli sihir itu serta merta meniarapkan diri dengan bersujud. Mereka berkata: “Kami beriman kepada Tuhan semesta alam, “(yaitu) Tuhan Musa dan Harun”. (Surah Al A’raf: 117-122)
“Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: “Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya”. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-orang yang membuat kerusakan. Dan Allah akan mengokohkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukai (nya).” (Surah Yunus: 81-82)
“Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, niscaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang”. (Surah Thaha: 69)
Kemudian saya teruskan dengan membaca surah empat Qul juga berlang-ulang kali. Syaitan di dalam badan Kak Sukma masih lagi ketawa. Tetapi diselangi dengan bunyi tangisan.
Saya teruskaan bacaan saya sehingga Kak Sukma menjerit sambil badannya meliuk lintuk seperti ular kepanasan.
Semua ini saya perhatikan dengan tekun. Untuk memastikan ada tidak ruang untuk syaitan ini melarikan diri. Kemudian saya ulangi kesemua ayat-ayat tadi selama setengah jam tanpa henti.
“Hentikan bacaan kamu bodoh. Sesungguhnya bacaan kamu tidak memberi kesan kepadaku. Hahaha..”
Saya teruskan lagi bacaan Al Quran saya kerana saya tahu akan mukjizat Al Quran ini. Saya perhatikan Kak Sukma mula menutup telinganya. Peluh Kak Sukma jatuh perlahan-lahan dari dahi ke baju. Saya tahu syaitan itu mula kepanasan dan saya ulangi lagi bacaan-bacaan tersebut.
Tidak lama kemudian, Kak Sukma seakan-akan mahu memuntahkan sesuatu. Saya memandang Haji Hadi lalu memintanya membacakan Surah Kursiy sambil mengurut belakang badan Kak Sukma secara bertentangan.
Maksudnya bermula dari aras pinggang, tengkuk, leher, kepala dan yang terakhir adalah dahi.
Saya meminta kepada Ema untuk mengambil baldi di sebelah meja ruang tamu yang kebetulan saya minta Haji Hadi sediakan terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan tadi.
Haji Hadi kemudiannya terus-menerus membaca ayat dari Surah Kursiy tadi sehingga jelas kelihatan wajah Kak Sukma seperti dicekik oleh sesuatu.
MUNTAH TIGA WARNA
Beberapa saat kemudian Kak Sukma mula memuntahkan sesuatu dengan jumlah yang sangat banyak. Bau muntah tersebut seperti bau asap kemenyan.
Banyaknya lebih kurang sepertiga baldi bersaiz sederhana. Saya teruskan bacaan saya sementara Haji Hadi terus mengurut belakang Kak Sukma dengan mengikut arah yang saya suruh tadi.
Selepas kesemua muntah telah dikeluarkan, saya minta Haji Hadi untuk baringkan semula Kak Sukma. Kemudian saya perhatikan muntah Kak Sukma di dalam baldi tadi. Saya menoleh kepada Haji Hadi.
“Abang, mintak tolong abang tengok warna muntah Kak Sukma kejap?”
Haji Hadi merenung ke dalam muntah tersebut dan nampak pada wajahnya sedikit geli.
“Ustaz, ada warna merah, ada warna kuning dan ada warna hitam ustaz.”
“Insyaallah kalau betul buatan orang muntah seperti itu, tandanya kemungkinan Kak Sukma terkena sihir melalui makanan.”
Saya jelaskan kepada Haji Hadi bahawa sekiranya muntah tersebut terdiri dari dua atau tiga warna tadi, kemungkinan besar orang itu terkena sihir makanan dan minuman.
Tapi untuk kepastian kita bacakan orang tersebut dengan menggunakan ayat Al Quran. Sebab ada jugak orang yang terkena sihir makanan ni muntah berwarna putih dan berbuih biasa sahaja.
Dan ada juga yang muntahnya mengandungi tiga warna tadi tetapi bukan akibat buatan orang bahkan tiada langsung gangguan jin.
Haji Hadi mengangguk tanda faham. Kemudian kami melihat wajah Kak Sukma. Saya mula membaca surah Al Muawwizatain (Al Falaq dan An Naas) dan memulakan bicara saya.
“Ya ma’syaral jin. Kamu mahu keluar atau terus tersiksa di dalam badan Kak Sukma?”
“Baiklah. Aku akan keluar. Aku sudah tersiksa. Terbakar. Aku sudah tidak tahan lagi. Seluruh anggota badanku hampir berkecai.”
“Alhamdulillah. Sebelum kamu keluar kamu jawab dulu pertanyaan aku.”
“Baiklah. Asal aku boleh keluar dari jasad perempuan ini.”
“Kenapa kamu ganggu Kak Sukma?”
“Aku dihantar oleh tuan aku untuk menyiksa dia.”
“Kenapa?”
“Kerana dia pernah menolak pinangan tuan aku suatu ketika dulu.”
“Apa yang tuan engkau berikan kepada engkau sebagai upah?”
“Aku diberi makan ayam hitam yang disembelih tanpa menyebut nama Allah serta sembelihan itu dipersembahkan oleh tuan aku kepada Iblis sebabgai tanda ketaatannya.”
“Apa tugas engkau semasa berada di dalam badan Kak Sukma?”
“Aku tinggal di perutnya supaya dia selalu sakit perut. Aku juga tinggal di kepalanya supaya dia hilang akan pertimbangan akal warasnya sebagai seorang manusia. Kadang-kadang aku berada di hatinya supaya dia cepat marah dan mengamuk dan akhir dari semua ini dia akan berpisah dari suaminya.”
“Selepas itu adakah kau akan keluar dari badannya?”
“Tidak. Aku akan menyiksanya sehingga mati. Aku juga menganggu pandangan matanya supaya dia akan nampak wajah hodoh suaminya dan menakutkan seperti hantu.”
“Kenapa mudah sangat untuk engkau menganggu Kak Sukma ni?”
“Dia tidak solat. Jadi mudah sekali aku merasuknya pada bila-bil masa sahaja. Sekiranya dia solat nescaya aku tidak akan dapat merasuk dan mengawalnya. Walau dapat masuk sekalipun ke tubuhnya itu cuma sedikit saja.”
“Ok. Kau datang dari sihir yang bagaimana dan apa jenisnya wahai syaitan?”
“Aku sudah berpuluh tahun hidup bersama tuan aku. Perempuan ini bukan yang pertama. Ada berpuluh orang sebelum ini menjadi mangsa. Lelaki, perempuan, anak kecik, orang tua semua aku ganggu. Kesemuanya aku siksa hingga mati.”
“Sebelum aku menyiksa perempuan ini, tuan aku telah mencari tiga ekor anak ular tedung yang masih hidup yang tuan aku ambil dari perut ibu ular tedung yang sarat mengandung di dalam hutan pada tengah malam. Ibu ular itu dipotong perutnya dan diambil darahnya lalu dimasukkan ke dalam mangkuk ketika ia masih hidup lagi dan tersiksa kesakitan dan kemudian dibuang setelah mendapatkan darah dan anak ular tedung tadi.”
“Selepas itu tiga ekor anak ular tadi juga dipotong perutnya. Dikeluarkan kesemua isi perutnya dan selepas itu tuan aku masukkan potongan rambut perempuan ini yang dia dapat dengan cara meminta jin-jin lain mengambil rambutnya yang berserakan di lantai rumah mereka. Manusiakan suka begitu? Tidak kisah akan rambut mereka yang sudah gugur atau dipotong itu dibiarkan begitu sahaja? Jadi mudah urusan jin-jin tadi mengambilnya.”
“Kemudian tuan aku memasukkan rambut perempuan ini ke dalam perut tiga ekor anak ular tedung tadi lalu diikat dengan tali dan dibacakan mentera-mentera dan ditanam di bawah pasu kuning di hadapan rumah mereka juga pada tengah malam ketika mereka sedang tidur.”
“Ketiga-tiga ekor anak ular tedung itu lama kelamaan akan reput satu persatu. Maka begitulah juga dengan perut perempuan ini. Tidak akan berfungsi dan rosak secara perlahan-lahan serta meninggalkan sakit yang berpanjangan. Walaupun anak ular itu akan reput tetapi rambut perempuan ini masih bertahan lama. Sebab itulah sakitnya akan berterusan selagi rambut itu masih belum hancur sepenuhnya.”
“Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Semoga laknat Allah bersama engkau di mana-mana sahaja kau berada. Lagi, apa yang tuan engkau lakukan pada Kak Sukma?”
“Tuan aku juga mencuri baju perempuan ini semasa pakaian mereka dijemur di luar rumah. Tuan aku meminta budak kecil untuk mengambilnya serta diberikan wang sebagai upah. Baju itu kemudiannya dilumurkan bersama darah ibu ular tedung tadi. Selepas itu baju itu diikat seperti bentuk mayat dan digantung pada dahan pokok kelapa di belakang rumah mereka.”
“Setiap kali angin bertiup perlahan atau kencang, perempuan ini tidak akan dapat mengawal badannya. Seperti ditiup angin. Kakinya juga seolah-olah tidak memijak tanah dan dia akan kelihatan seperti orang gila pada pandangan orang lain. Saya juga akan menghantui dalam mimpinya dalam bentuk pontianak yang terbang mengelilinginya supaya dia tidak dapat melepaskan diri.”
“Baiklah. Aku mendengar bukan bermaksud aku mempercayai kata-kata kamu kerana syaitan ini sifatnya adalah pembohong dan menyesatkan. Kalau betul tuan engkau yang melakukannya, semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepadanya. Selebihnya semua urusan kamu dan tuan kamu aku serah semuanya kepada Allah. Bagaimana Allah menghukum kamu semua nanti itu adalah urusan Allah.”
“Ya. Aku faham. Lepaskan aku sekarang. “
“Baiklah. Selepas ini engkau berjanji bahawa engkau akan keluar dari badan Kak Sukma selamanya dan tidak akan menganggu apa-apa lagi urusan keluarga mereka. Sekiranya engkau ikhlas, semoga Allah memermudahkan urusan engkau keluar dari badan Kak Sukma. Sekiranya engkau berbohong, semoga Allah melaknat engkau sampai bila-bila.”
“Iya..Iya..Aku berjanji.”
“Apa-apapun selepas ini, itu antara engkau dengan Allah dan bukan aku.”
“Aku faham.”
“Selepas ini aku akan bacakan Surah Kursiy dan kau akan keluar semasa surah ini dibaca nanti. Sekiranya engkau masih lagi berada di dalam badan Kak Sukma semoga Allah matikan engkau dalam keadaan hina dan di akhirat nanti enkgau akan disiksa bersama tuan kamu, sayaitan-syaitan dan Iblis laknatullah.”
Kak Sukma cuma mengangguk-ngangguk sambil matanya yang merah dan menakutkan tetap merenung saya. Saya kemudian meminta Haji Haji untuk bacakan Surah Al Fatihah, Surah Kursiy dan empat Qul sambil tangan Haji Hadi diletakkan pada pinggang Kak Sukma. Kemudian saya bacakan Surah Kursiy dengan suara yang agak keras.
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” (Al-Baqarah: 255)
TANGISAN KEMAAFAN
Semasa saya bacakan Surah Kursiy lebih kurang berbelas kali, Kak Suka sudah tidak memandang saya. Kak Sukma mendongakkan kepalanya ke atas dan kemudiannya menutup mata. Tiba-tiba sahaja Kak Sukma menangis sambil menyebut;
“Maafkan aku Sukma..Maafkanlah aku. Kalau aku tidak menyiksa engkau nescaya keluarga aku akan mereka bunuh di hadapan mata aku sendiri nanti. Maafkan aku..”
Saya tetap teruskan bacaan saya untuk beberapa kali lagi. Begitu juga Haji Hadi hinggalah Kak Sukma terduduk semula dan ingin memuntahkan sesuatu. Saya minta Ema mengambil baldi tadi dan Kak Sukma muntah di dalamnya. Selepas habis memuntahkan semuanya Kak Sukma kembali menutup mata. Lalu saya bacakan ayat zikir ini;
“Allahumma abthil hazas sihra bi quwwatika ya jabbaras samaawaati wal ard.”
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku, musnahkanlah sihir ini dengan kekuatanmu ya Allah yang mempunyai kekuasaan di langit2 dan bumi.”
Selepas itu saya minta Haji hAdi untuk meletakkan tangan kanannya di mata dan dahi Kak Sukma sambil saya ulangi ayat-ayat tadi. Kemudian dengan perlahan-lahan kak Sukma membuka matanya.
“Kak Sukma. Kak Sukma buka mata dan pandang ke arah saya.”
“Nama kakak siapa?”
“Sukmawati.”
“Kenal tak siapa ni?” Tanya saya kepada Kak Sukma sambil menunjuk ke arah Haji Hadi.
“Kenal. Abang Adi. Suami kakak.”
“Yang ni kak?” Sambil saya menunjuk ke arah Ema.”
“Anak saya Ema.”
“Alhamdulillah. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan kepada Kak Sukma.”
Kemudian Kak Sukma memandang saya dengan penuh kehairanan sambil bertanya kepada saya.
“Mintak maaf k. Adik ni siapa. Bila sampai? Apa tujuan datang ke rumah kami?”
Saya cuma tersenyum dan meminta Haji Hadi untuk menerangkan semuanya apabila saya balik nanti.
“Nanti suami Kak Sukma akan jelaskan semuanya ok. Cuma saya nak tanya sedikit soalan.”
“Kakak ada tak rasa macam diperhatikan oleh seseorang sekarang?”
“Takde.”
“Badan kakak rasa berat ke ringan sekarang?”
“Alhamdulillah macam semakin ringan. Tak seperti sebelum ni macam pikul benda berat je tiap hari.”
“Pandangan mata kakak camne?”
“Semakin jelas rasanya. Sebelum ni kabur-kabur je rasa walaupun kakak tak rabun.”
“Dada kakak ada tak rasa seperti sesak ke?”
“Hmm..Dulu ada. Sekarang dah tak ada lagi dah.”
Selepas itu saya minta Kak Sukma untuk mendengar lagi beberapa ayat-ayat Al Quran dari saya secara khusyuk supaya kami boleh untuk mengesan ada atau tidak lagi gangguan jin di dalam tubuh badan Kak Sukma.
Setelah selesai membaca Al Quran, saya bertanya kepada Kak Sukma;
“Apa yang kakak rasa sekarang?”
“Alhamdulillah ustaz. Tiada apa-apa. Cuma jiwa saya semakin tenang.”
“Alhamdulillah. Semoga kakak akan terus sembuh dan sentiasa di dalam perlindungan Allah.
Selepas itu saya minta Haji Hadi, Kak Sukma dan Ema untuk sama-sama bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur. Selepas memberi beberapa nasihat saya meminta izin untuk balik ke rumah.
Saya berjanji untuk datang lagi pagi esok untuk mencari barang-barang sihir yang tertanam di rumah Haji Hadi sekiranya ada. Kebetulan saya mengajar pada sesi petang. Jadi dapatlah saya datang pada pagi hari.
MENCARI PERANTARAAN SIHIR PEMISAH
Keesokan harinya, lebih kurang dalam pukul 8 pagi saya datang lagi ke rumah Haji Hadi. Haji Hadi dan Kak Sukma sudah menanti kehadiran saya seawal pukul 7 pagi lagi.
Saya letakkan motosikal saya di tepi tangga rumah Haji Haji. Selepas memberi salam saya meminta Haji Hadi untuk mengambil cangkul. Haji Hadi kemudiannya masuk ke dalam rumah.
Sebelum naik ke rumah saya mengelilingi kawasan rumah Haji Hadi sambil memerhati dan mencari tempat yang dikatakan oleh jin itu semalam. Bukan bermaksud saya mempercayai kata-kata jin tersebut.
Cuma untuk sihir yang menggunakan barang perantaraan, maka barang seperti ini mesti dicari bagi mengelakkan gangguan seperti ini akan berulang kembali.
Semasa sedang tekun mengelilingi rumah Haji Hadi saya telah disapa oleh Kak Sukma.
“Assalamualaikum ustaz. Jemput naik dulu.”
“Waalaikumsalam Kak Sukma.” Nampak ceria je hari ni?”
“Alhamdulillah ustaz.”
“Macamana keadaan Kakak hari ni? Ada perbezaan tak dari sebelum-sebelum ni?”
“Ada ustaz. Badan kakak rasa ringan, mata semakin jelas, takde rasa macam diperhatikan orang, takde dah rasa benci dengan Abang Hadi dan Ema. Rasa ok ustaz. Cuma perut masih sakit sedikit dan rasa melayang-melayang tu ade lagi walaupun tak banyak.”
“Alhamdulillah. Ok Kak. Insyaallah dengan izin Allah lepas ni mungkin kakak akan sembuh. Tapi sejauh mana kesembuhan tu itu adalah hak Allah.”
“Saya faham ustaz.”
Saya kemudiannya duduk di atas tangga rumah Haji Hadi sambil memerhati kawasan sekeliling rumah. Pagi itu masih dingin lagi.
Air embun mula berjatuhan secara perlahan-lahan dari satu kelopak daun ke kelopak daun yang lain. Sinar matahari pula mula menerangi langit dan sedikit-demi sedikit bahang panasnya mula terasa.
Saya perhatikan di sekitar kawasan tersebut. Kelihatan beberapa buah kereta bergerak perlahan sambil beberapa buah motosikal bergerak pantas di bahagian bahu jalan menuju ke arah pasar.
Saya mengelap peluh di dahi saya dengan menggunakan tapak tangan. Mata saya kemudiannya memandang pada sebuah pasu kuning di sebelah kanan saya. Saya teringat akan kata-katan jin tersebut malam tadi.
Tanpa membuang masa saya mengambil wuduk melalui air paip di halaman rumah Haji Hadi dan kemudiannya meminta izin kepada Kak Sukma untuk menumpang solat sunat dua rakaat di ruang tamu rumah mereka.
Selepas solat saya berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk, perlindungan dan keselamatan oleh Allah.
Setelah selesai semuanya saya bingkas bangun dari ruang tamu lalu menuju ke halaman rumah. Lebih tepatnya adalah kawasan pasu kuning tersebut.
Pasu setinggi paras paha itu saya lihat dan saya amati tiada yang boleh menarik minat saya. Cuma beberapa tangkai bunga kertas berwarna ungu yang ditaman di atasnya layu dan mati. Tiba-tiba kedengaran suara Haji Hadi memecah keheningan pagi itu.
“Baru mati pagi tadi ustaz. Semalam ok je.”
Saya tersenyum memandang ke arah Haji Hadi yang sedang memegang sebatang cangkul di tangan kanannya lalu diserahkan kepada saya. Saya ambil cangkul tersebut dan bergerak semula ke arah pasu keberkenaan.
Saya mulakan dengan membaca zikir;
“Bismillahil lazi laa yadurru ma’asmihi syaiun fil ardi, wa laa fis samaa’ie, wa huwas sami ‘ul ‘alim.”
Maksudnya; Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa: “Dengan nama Allah yang tida dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tudak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya dan barangsiapa membaca ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya.”
(Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidzi, 5/465 dan Ahmad; Tirmizi: Hasan)
Selepas itu saya dan Haji Hadi mula mengalih pasu berkenaan dari kedudukannya. Di atas tanah kawasan pasu berkenaan saya lihat seperti ada beberapa ketul arang yang masih berasap kecil.
Kemudian saya mula menggali di atas tapak pasu berkenaan. Ketika menggali hingga ke paras setengah meter saya seperti tercangkul sesuatu yang agak keras.
Kemudian saya gali lagi dengan lebih dalam sehinggalah saya dapat mengeluarkan suatu benda seperti kotak dari dalam lubang tadi.
ULAR DAN BAJU BERBENTUK MAYAT
Saya ambil kotak tersebut. Saiznya sebesar saiz buku teks sekolah. Cuma agak tebal sedikit. Seperti dari kayu belian dan diikat dengan kain kuning yang sudah hancur. Saya buka kotak tersebut dengan diiringi bacaan Surah Kursiy.
Di dalamnya terdapat sepasang tulang bangkai anak ular berukuran satu jengkal yang sudah reput kulit dan isinya. Cuma tulangnya yang masih kelihatan berwarna putih kekuningan. Dan ada satu lagi bangkai anak ular bersaiz sama tetapi masih sempurna sifatnya walaupun telah lama mati.
Ketiga-tiganya berkeadaan terlentang dan anak ular yang masih sempurna sifatnya tadi saya ambil dan saya cungkil perutnya yang pada awalnya perut ular tersebut siap diikat dengan tali. Dari celah-celah jahitan yang terbuka itu pula kelihatan segumpal rambut yang masih utuh dan saya yakin itulah rambut Kak Sukma 20 tahun yang lepas.
Rambut dan kesemua yang ada di dalam kotak itu tadi, saya masukkan ke dalam sebuah bekas tin biskut lama yang besar. Menurut Haji Hadi, bekas tin tersebut adalah bekas untuk menyimpan biskut-biskut raya beberapa tahun lepas dan tidak digunakan serta dibiarkan d luar rumah sahaja.
Kemudian, kesemuanya saya bakar sekaligus di dalam bekas tin tersebut menggunakan minyak tanah dan kertas-kertas dan kotak. Api mula marak dan lama-lama menjadi besar dan membakar seluruh benda yang terdapat di dalam bekas tin tersebut.
Setelah kesemuanya habis terbakar, kepulan asapnya mula aik perahan ke langit. Kami sedikit terkejut kerana asap itu mulanya membentuk seperti tengkorak yang memandang ke arah kami. Dan akhirnya asap tersebut mula hilang di udara. Saya cuma diam sahaja sambil berterusan membaca Surah Al Kafiruun.
Saya tinggakan dulu bekas tin tersebut sementara menunggu apinya benar-benar padam. Setelah itu, saya dan Haji Hadi bergerak ke belakang rumah untuk mencari pohon kelapa yang ditakan oleh syaitan itu semalam.
Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami kerana di belakang rumah Haji Hadi cuma ada sebatang pokok kelapa sahaja. Pokok kelapa tersebut telah ditaman oleh Haji Hadi lebih kurang 10 tahun yang lepas.
Kami mendekati pohon tersebut sambil memandang ke atas. Haji Hadi menawarkan untuk memanjat pokok kelapa tersebut kerana menurut Haji Hadi dia memang sudah biasa memanjat pokok tersebut untuk mengambil kelapa muda sebelum ini.
Selepas saya memberi persetujuan, Haji Hadi mula memanjat dan akhirnya sampai ke puncak. Seteleh memcari beberapa ketika, akhirnya Haji Hadi telah berjumpa dengan barang tersebut. Haji Hadi dengan pantas turun ke bawah dan kemudin menyerahkannya kepada saya.
Saya juga mulakan dengan membaca Surah Kurisy terlebih dahulu. Selepas itu saya dan Haji Hadi mengamati dengan penuh minat. Panjang lebih kurang satu hasta. Berbentuk mayat yang dibungus. Kami buka dan kain tersebut adalah baju kemeja seorang wanita berwarna putih.
“Baju ni milik isteri saya ustaz. Saya masih ingat lagi sebab baju ini pemberian saya kepada isteri saya sempena majlis pernikahan kami dan isteri saya betul-betul menyukai baju tersebut. Masa baju ni hilang isteri saya sedih ustaz sebab ini hadiah pemberian dari saya yang begitu bermakna untuk dia.”
Selepas itu kami bawa baju tersebut ke bahagian hadapan halaman rumah. Saya bakar baju tersebut menggunakan bekas tin yang sama. Haji Hadi memerhati dengan tekun. Begitu juga Kak Sukma yang memerhati gerak geri kami dari atas beranda rumah.
Setelah habis terbakar saya ambil bekas tin yang mengandungi kedua-dua abu dari kotak dan baju tadi untuk di bawa ke sungai. Saya dibawa oleh Haji Hadi menaiki keretanya dan kami menuju ke sebuah jambatan.
Setelah sampai di jambatan tersebut, saya bacakan Surah Al Fatihah dan kemudian menuangkan kesemuanya ke dalam sungai. Akhir sekali bekas tin biskut itu saya campakkan juga ke sungai.
Alhamdulillah nasib baik tidak terkena pada sebuah keluarga yang sedang mendayung perahu untuk pergi ke hulu sungai. Kalau tidak mestilah salah seorang dari mereka akan terus mendayung sambil tin itu melekat di atas kepalanya.
Itu cuma bayangan saya sahaja dan Insyaallah tidak akan terjadi perkara seperti itu. Saya sempat meminta maaf kepada mereka dan mereka membalasnya dengan senyuman.
Selepas itu saya dan Haji Hadi balik ke rumah. Sesampainya di sana saya meminta Kak Sukma untuk duduk di hadapan saya. Saya bacakan kepada Kak Sukma beberapa ayat Al Quran untuk mengesan jin sama ada masih ada yang tertinggal atau tidak.
Setiap patah perkataan bacaan saya, saya tidak sedikitpun melepaskan pandangan mata saya ke arah Kak Sukma.
Alhamdulillah, setelah tamat bacaan ayat Al Quran saya, tiada apa-apa yang berlaku kepada Kak Sukma selepas itu.
“Apa yang kak Sukma rasa masa dibacakan Al Quran tadi?”
“Alhamdulillah tiada apa-apa ustaz.”
“Perut masih sakit lagi tak?”
“Dah takde rasa sakit langsung ustaz.”
“Rasa melayang atau susah nak jalan?”
“Sama ustaz. Rasa melayang dan susah nak berjalan tu tiba-tiba hilang masa ustaz dan Abang Hadi pergi bakar semua benda tu tadi.”
“Ok. Sekarang ada rasa sakit-sakit lagi di bahagian lain anggota badan?”
“Ikhlas ustaz. Dah takde rasa sakit apa-apa dah. Semua sakit yang saya deritai 20 tahun ni hilang dah. Saya rasa kembali sihat seperti sebelum sakit dulu.”
“Alhamdulillah. Kalau macam itu Insyaallah dengan izin Allah semua gangguan-gangguan sihir pada kakak telah sembuh.”
TANGISAN KESYUKURAN
Selepas itu saya minta Haji Hadi dan Kak Sukma untuk sama-sama sujud syukur kepada Allah kerana telah menghilangkan kesemua gangguan-gangguan ini. Selepas sujud syukur Haji Hadi lantas memeluk Kak Sukma sambil berkata;
“Sukma, abang nk mintak maaf.”
“Kenapa abang nak mintak maaf pulak.”
“Abang nak mintak maaf sebab sepanjang 20 tahun ni abang tak dapat nak jadi suami yang baik. Tak dapat nak jaga Sukma sepenuh hati abang. Abang tahu sepanjang 20 tahun ni Sukma hidup tersiksa.”
“Abang jangan cakap macam tu. Sukma tahu sepanjang Sukma sakit Sukma banyak menyusahkan hidup abang. Sukma sayang kat abang.”
Haji Hadi mula menitiskan air mata sambil suaranya tersekat-sekat keluar. Kak Sukmapun begitu juga. Mereka terus berdakapan dan menangis semahu-mahunya sambil bibir mereka tidak putus-putus mengucapkan syukur kepada Allah.
Setelah kedaan kembali reda saya meminta izin untuk balik ke rumah kerana hari telah menjelang tengahari untuk mandi. Saya perlu bergegas untuk turun mengajar selepas itu.
Sepanjang perjalanan balik ke rumah saya juga tidak henti-henti mengucapkan syukur kepada Allah. Semua ini adalah ujian Allah kepada hamba yang Dia sayangi dan inilah tanda kasih sayang Allah yang Allah kurniakan kepada keluarga Haji Hadi yang Allah tidak kurniakan kepada hambaNya yang lain.
Dua tahun lepas saya sempat berjumpa dengan Haji Hadi dan Kak Sukma di Lapangan Terbang Bintulu. Ketika itu mereka sudah mempunyai seorang lagi cahaya mata yang comel. Adik kepada Ema. Mereka dalam perjalanan hendak menunaikan umrah.
Haji Hadi memeluk saya dengan erat. Sebagai tanda persahabatan dan ukhuwwah. Selepas itu saya tidak pernah lagi untuk bersua muka dengan mereka sekeluarga hingga kini.
Semoga Allah menguniakan mereka sekeluarga kebahagian dan kedamaian setelah diuji sekian lama dengan cinta dan air mata..
Kung Pow terharu.

COMMENTS