Akar Umbi UMNO Selangor Tolak BERSATU PRU 15

Akar Umbi UMNO Selangor Tolak BERSATU PRU 15

– UMNO Bahagian Kuala Selangor mengusulkan parti itu menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Datuk Jahaya Ibrahim berkata, usul itu dipersetujui sebulat suara ahli akar umbi UMNO bahagian itu yang tidak mahu parti itu menjalin sebarang kerjasama politik dengan Bersatu.

“Kita akan tolak siapa sahaja calon Bersatu sama ada mereka bertanding di kerusi Parlimen atau DUN (Dewan Undangan Negeri),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Jahaya berkata, UMNO bahagian beliau juga mendesak PRU15 diadakan pada April ini, namun bergantung kepada keadaan semasa penularan Covid-19.

“Kita berharap pergolakan politik yang berlaku ini dapat ditamatkan. Kita serahkan kepada rakyat untuk memberikan mandat kepada parti yang mempunyai cukup majoriti membentuk kerajaan.

“Selain itu, kita turut mengusulkan kerjasama antara UMNO dan Pas dapat diperkukuhkan bagi menghadapi PRU15,” katanya
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/117294/BERITA/Politik/UMNO-Kuala-Selangor-usul-tolak-kerjasama-dengan-Bersatu?fbclid=IwAR0v-KK8XUTcuNrL-lmBBYXAGy6zDtvFaNu2FU4vwwKrH9NBlEhKPCMl63Q
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

COMMENTS