5 Sebab Kenapa One Xox Bukan Syarikat Bumiputera

5 Sebab Kenapa One Xox Bukan Syarikat Bumiputera

Selepas Farm Fresh ternyata One XOX bukan syarikat bumiputera

5 Sebab Kenapa One Xox Bukan Syarikat Bumiputera
Baru-baru ini heboh tentang percakaran antara Scrut dan juga One Xox, yang mengatakan mereka adalah Syarikat Bumiputera dan patuh Shariah. Rujuk link http://www.onexox.my/tentang-kami.html
Tentang patuh Shariah, One Xox telah mendapat sijil patuh Shariah dari Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Rujuk gambar terakhir.
Tapi tidak bermakna patuh Shariah, One Xox adalah Syarikat Bumiputera seperti yang dipaparkan di laman web mereka. Ini boleh mengelirukan orang awam yang berstatus Bumiputera yang menjadi ‘stakeholders’ untuk membuat keputusan.
Kenapa One Xox (One Xox Sdn Bhd) adalah bukan Syarikat Bumiputera :-
1- Berdasarkan carian Ssm oleh Scrut, One Xox Sdn Bhd, 60% peratus sahamnya dipegang oleh Xox Bhd, Syarikat yang diapungkan di Bursa Malaysia, papan Ace. 30 pemegang saham utama, adalah gabungan majoriti individu yang bukan Bumi dan juga Syarikat pelaburan. 40% dipegang oleh One Telco Sdn Bhd. Jadi di mana pegangan majoriti Bumiputera?
2- Lembaga Pengarah One Xox Sdn Bhd, mempunyai 3 orang Ahli, 1 Bumiputera dan 2 bukan Bumiputera. Jadi, suara Ahli Lembaga Pengarah Bumiputera didalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah, adalah minima, bagi menentukan keputusan sesuatu mesyuarat. Jadi di mana suara Bumiputera? Bahkan wakil Bumiputera itu tiada indirect interest merujuk kepada Annual Report 2018 Xox Bhd. Wakil tersebut juga datang dari pihak Xox Bhd bukan One Telco Sdn Bhd. Tiada wakil One Telco Sdn Bhd didalam senarai Ahli Lembaga Pengarah One Xox Sdn Bhd.
3- One Xox Sdn Bhd adalah ‘direct subsidiary’ kepada Xox Bhd, Syarikat diapungkan di Bursa Malaysia papan Ace. Secara logiknya, bagaimana One Xox Sdn Bhd boleh mengawal pegangan majoriti di Xox Bhd seorang Bumiputera pun (jika ada), kerana saham di Syarikat yang diapungkan, amat mudah untuk didagangkan dikalangan pemegang saham awam. Kita boleh lihat banyak Syarikat Teras Bumiputera Berprestasi Tinggi dibawah Teraju, semuanya Sdn Bhd dan tiada pegangan langsung oleh Syarikat ‘Public Listed Company PLC’. Jadi adakah status Bumiputera itu boleh dikawal setiap masa?
4- Status Bumiputera secara amnya, secara ‘administrative’, Syarikat tersebut akan memiliki sijil status Bumiputera dari Kementerian Kewangan, untuk syarat sesuatu tender yang memerlukan kontraktor berdaftar dalam E-perolehan itu mempunyai status Bumiputera. One Xox Sdn Bhd dengan KAWALAN majoriti 60% oleh Xox Bhd, peluang untuk mendapat status tersebut amatlah tipis kerana One Xox Sdn Bhd bukan ditubuhkan untuk memasuki tender kerajaan pun dan kerana pegangan Xox Bhd itu sendiri. Jadi status Bumiputera disini masih kabur.
5- 40% saham One Xox Sdn Bhd dipegang oleh One Telco Sdn Bhd. Ahli Lembaga Pengarah dalam One Telco Sdn Bhd adalah 100% Bumiputera. ‘Directors owned Company’ iaitu Ahli Lembaga Pengarah adalah pemilik saham Syarikat juga. Tapi berbalik pada point no 1, majoriti adalah pegangan 60% Xox Bhd, yang menentukan segala keputusan. Jadi pegangan 40% tersebut tidak menguatkan status Bumiputera One Xox Sdn Bhd.
Jika benar mahu membuktikan One Xox Sdn Bhd layak mendapat status Bumiputera, boleh cuba mohon. Tak salah pun. Jika berjaya, boleh terus dipaparkan di laman web.
Sekian.
Nazimuddin
Chartered Accountant
Nazim & Co

COMMENTS