2 Formula Hentikan Kitaran Kemiskinan Kronik

2 Formula Hentikan Kitaran Kemiskinan Kronik
Nak hentikan kitaran kemiskinan kita mesti ‘track progress’ dan ukur impak dengan komitmen bantuan untuk tempoh masa yang lebih panjang, bantuan ‘one-off’ tidak efektif untuk merawat masalah kemiskinan.
Kemiskinan ekonomi, kesihatan dan pendidikan adalah masalah tiga serangkai yang kompleks, dan ‘no quick fix.’
Itu sedikit apa yang saya sendiri percaya.
Dalam tempoh masa dan pengalaman yang singkat di ARBA Foundation, kita cuba nak faham dengan lebih mendalam, bagaimana cara fikir dan prioriti keluarga-keluarga yang terperangkap dalam kitaran kemiskinan.
Penting untuk faham perspektif mereka dengan baik, agar kita tak paksakan solusi kita yang tak sesuai dengan mereka, kemudian gagal.
Kita nak dapatkan jawapan, kenapa ada keluarga yang sudah bertahun-tahun dapat bantuan, namun masih TERPAKSA bergantung dengan bantuan. Yang memang PEMALAS, kami buang terus.
Setakat 4-5 bulan menguruskan bantuan secara berkala, cuba memahami gaya fikir, track prioriti dan progres setiap keluarga dalam ‘payroll’ ARBA Foundation, kami mula nampak beberapa insights yang menarik.
Saya share dua sahaja dulu.
1. Ada keluarga-keluarga yang perlukan masa yang lebih panjang untuk pulih, hutang terlalu besar, masalah kesihatan, peluang pekerjaan terbatas dengan situasi ekonomi semasa, terkesan dengan bencana alam (banjir) dan sifat pekerjaan mereka yang lebih sensitif kepada faktor luar, cth cuaca, musim, geografi dll.
2. Ada keluarga-keluarga yang seawal bulan keempat, sudah mula nampak kesan positif.
Hutang-hutang penting seperti tunggakkan sewa dan bil sudah selesai. Mengetahui akan dapat bantuan untuk suatu tempoh masa tertentu memberikan mereka ‘kewarasan’ untuk ambil risiko mengusahakan inisiatif baru untuk menjana pendapatan lebih.
Mental health pun improved!
Saya nak kongsi satu mesej yang kami terima daripada seorang ibu tunggal yang terpaksa menyara 5 orang anak dalam keadaan mengalami Major Depressive Disorder (MDD):
“Akak bersyukur sangat..sejak akak menerima bantuan bulanan dari ARBA Foundation, akak ngan anak² x pernah x dpt makan, bil api air akak pun boleh bayar, serta dpt membantu akak pergi dan balik temujanji pakar ke hospital setiap bulan.
Akak sendiri ada 4 jenis appoinment pakar, termasuk klinik kulit, hidung, asthma, psikiatrik, akak ngan anak masih makan ubat mcm biasa, akak pun masih dgn ubat zolpidem utk bantu akak tidur dan rehat dgn tenang, cuma ada perubahan sedikit, akak ada keceriaan, anak pun ada semangat nak ke sekolah”
Alhamdulillah, ini adalah salah satu impak sumbangan anda semua.
Ya, masih di peringkat awal. Kita akan tingkatkan komitmen dan teruskan usaha insha Allah.

COMMENTS