10 PSIKOLOGI DAKWAH AL-MARHUM SHAIKH JUM’AH AMIN

10 PSIKOLOGI DAKWAH AL-MARHUM SHAIKH JUM’AH AMIN
PSIKOLOGI DAKWAH AL-MARHUM SHAIKH JUM’AH AMIN
Kita orang Islam secara umumnya banyak fokus kepada “ibadah” dan jarang berdakwah. Kalau yang berdakwah pula kadang-kadang tidak mengikut kaedah dakwah.
Pendakwah sebenar yang dilatih secara teori dan praktis tidak kasar, tidak radikal, tidak ekstrim, dan tidak ganas. Pendakwah yang mengikut sunnah Nabi sebenarnya turut mengikuti sunnah manusiawi/psikologi dalam berdakwah.
Antara kaedah dakwah untuk mendapat hasil yang efektif yang diutarakan oleh Almarhum Shaikh Jum’ah Amin, mantan Naib Murshid Am Ikhwanul Muslimin ialah:
1. Menunjukkan contoh [yang baik] sebelum berdakwah
– Al-Qudwah qabla al-Da’wah
2. Mengikat hati sebelum menjelaskan [tentang Islam]
– Al-Ta’lif qabla al-Ta’rif
3. Memperkenalkan [tentang Islam] sebelum memberi beban (tanggungjawab)
– Al-Ta’rif qabla al-Taklif
4. Bertahap dan beransur-ansur dalam memberi beban (tanggungjawab)
– Al-Tadarruj fi al-Taklif
5. Memudahkan bukan menyusahkan
– Al-Taysir la al-Ta’sir
6. [Memperkenalkan/mengajar] isu-isu yang pokok/asas sebelum isu-isu ranting/cabang
– Al-Usul qabla al-Furu’
7. Memotivasi [dengan harapan] sebelum menakut-nakutkan [dengan ancaman]
– Al-Taghrib qabla al-Tarhib
8. Memberi kefahaman bukan menyebut [semata-mata]
– Al-Tafhim la al-Talqin
9. Mendidik bukan menelanjangi (mengaibkan)
– Al-Tarbiyah la al-Ta’riyah
10. Muridnya guru (pembelajaran interaktif) bukan muridnya buku (pembelajaran pasif)
– Tilmiz Imam la Tilmiz Kitab
Orang yang terlatih dengan kaedah/metod biasanya tidak membuat kesimpulan atau tindakan yg terburu-buru. Sebab itu kaedah penyelidikan dan statistik penting dalam Sains Tabi’i dan Sains Sosial dan kaedah dalam ilmu-ilmu Usul Fiqh, Usul Tafsir dan Usul Hadith penting dalam Pengajian Islam.
Moga Allah ampuni dan rahmati shaikh dan memasukkan beliau ke dalam syurga.

COMMENTS